KONTUR 101

Ketahui bentuk wajah anda dan cara yang betul mencipta helah kontur wajah!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Selepas Kim Kardashian memuat naik gambar wajahnya ketika disolek, ramai yang berminat akan teknik kontur yang dilakukan oleh jurusolek kegemarannya, Scott Barnes. Teknik kontur atau lebih dikenali dengan ‘contouring’ ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan, cuma masih ramai yang tidak tahu teknik yang betul untuk melakukannya. Malah apabila dikongsi selebriti terkenal tentang teknik ini, barulah ia menarik minat orang ramai. Untuk anda yang berminat dan masih ragu-ragu, ikuti langkah yang betul mengikut bentuk wajah anda dan tip yang dikongsi Scott Barnes sendiri dalam melakukan teknik kontur.

KAJI BENTUK WAJAH

Ikat kesemua rambut anda ke belakang agar bentuk wajah tampak jelas. Berdiri di depan cermin. Tekap wajah anda pada cermin dan lukis menggunakan marker atau kapur yang (bukan dakwat kekal) mengikut bentuk wajah anda. Ia mungkin tidak menyenangkan tapi percayalah, ia teknik terbaik untuk mengetahui bentuk sebenar wajah anda.

Selepas wajah siap dilukis, lihat semula lakaran wajah anda dan gunakan rujukan bentuk wajah dan bandingkan.

APA YANG DIPERLUKAN?

Sediakan bronzer atau bedak asas (tekstur pusam) yang 2-3 ton lebih gelap dari wajah anda. Penggunaan tekstur pusam adalah penting, anda tidak mahu wajah anda dipenuhi dengan kilauan dan sinaran bukan?

Sediakan pembayang mata atau penyerlah (highlighter) rona putih atau pic bagi yang berkulit gelap. Tekstur yang berkilau tidak menjadi masalah.

PERLU TAHU!

Rona gelap yang anda gunakan akan membuat bentuk wajah menjadi lebih kecil.

Rona cerah, atau bahagian wajah yang dioles rona putih/penyerlah tadi akan tampil lebih ketara dan menyerlah.

Mary Kay Bronzing Powder RM60

Bobbi Brown Shimmer Brick RM165

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.