BAHAN-BAHANNYA!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

CHAMPAGNE ROSE ACCORD: Aromanya yang segar mencipta keceriaan. Dijadikan sebagai nota atas, aromanya cukup segar dan fruity!

PEACH FLOWER ACCORD: Kuntuman pic memberi sentuhan lembut buat haruman ini. Ia adalah gambaran kepada gaya sempurna seorang wanita.

QUEEN WOOD ACCORD: Sebagai pelengkap, Queen Wood membuatkan mereka yang terhidu aroma ini ketagih akan baunya. Aromanya lembut, halus dan cukup seksi. BOTOLNYA! Carolina Herrera, 212 VIP Rose diabadikan dalam botol unik dengan kemasan merah jambu pusam. Metal rona gangsa menyuntik elemen mewah dan terukir nama aroma ini sendiri. Botolnya boleh ditegakkan juga dibaringkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.