Sinaran Mata

ESTEE LAUDER MENERUSI ADVANCED NIGHT REPAIR EYE SYNCHRONIZED RECOVERY COMPLEX II BAWAKAN BERITA BAIK BUAT ANDA YANG MAHU MENGEMBALIKAN MATA YANG BERSINAR.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Mata adalah salah satu kunci rahsia untuk orang meneka usia anda, jadi dengan inisiatif penyelidikan terkini saintis Estee Lauder, unsur cahaya terbukti dapat menyerlahkan mata dan membuat mata lebih bersinar. Kerana itu Estee Lauder memperkenalkan Advanced Night Repair Eye Synchronized Recovery Complex II yang mampu memaksimumkan kuasa merawat pada waktu malam lantas mengembalikan seri cahaya pada mata. Ia berfungsi merawat kerosakan sekitar mata dan menghalangnya daripada kelihatan tua dengan menangani setiap tanda penuaan utama yang nyata di sekitar mata termasuk garis halus, kedutan di hujung mata (crow’s feet), lingkaran hitam, sembap dan tekstur tidak sekata. Rumusan pelbagai manfaat ini memantulkan cahaya pada mata. Sekiranya kulit lebih lembap, lebih licin dan lebih anjal, lebih banyak cahaya akan memancar dari dalam dan kawasan di sekitar mata akan nampak lebih muda.

RAHSIA BAHAN & TEKNOLOGI

Memaksimumkan Rawatan Waktu Malam

ChronoluxCB™ Technology terbukti membantu memulihkan kembali proses Catabolysis (penyucian) semula jadi kulit selepas berlaku kerosakan akibat pencemaran ozon. Dengan mengambil manfaat kuasa pemulihan waktu malam, teknologi eksklusif ini membantu menyokong penulenan dan penyelarasan semula jadi sel-sel untuk menggalakkan proses pemulihan semula jadi.

Mengurangkan Penampilan Kerosakan Nyata Akibat Pencemaran Alam Sekitar

Teknologi antipencemaran menyeluruh termasuk Alkyl Guanine Transferase (AGT) membantu mengurangkan penampilan kerosakan nyata yang disebabkan setiap serangan utama alam sekitar termasuk ozon, pencemaran dan sinaran UV.

Meneutralkan Radikal Bebas

Mengandungi adunan mujarab bahanbahan anti-oksida untuk meneutralkan sehingga 90 peratus radikal bebas alam sekitar sebelum ia merosakkan penampilan kulit. Dengan kurangnya kerosakan yang perlu diperbaiki pada waktu siang, kulit akan kelihatan lebih muda di masa hadapan.

Membekalkan Kelembapan Maksimum

Advanced Night Repair Eye yang mengandungi Asid Hyaluronik menyediakan keadaan optimum yang diperlukan oleh kulit untuk memaksimumkan proses pemulihan semula jadi. Ia juga akan sentiasa membekalkan kelembapan yang mendalam sepanjang masa.

RUMUSAN PATEN YANG TIDAK BOLEH DITIRU

Dengan sokongan penyelidikan selama lebih 30 tahun dan kebanggaan memiliki lebih 25 paten serta paten lain yang masih dalam kajian. Advanced Night Repair Eye kini boleh didapati dalam dua rumusan iaitu serum yang ringan teksturnya juga krim yang pekat. Advanced Night Repair Eye ini telah diuji oleh pakar Dermatologi dan Oftamologi, ia tidak akan menyebabkan jerawat, bebas haruman dan serasi untuk semua jenis kulit.

Youth Light Measurement™ , teknologi Estée Lauder merupakan metodologi ujian canggih direka untuk mengukur perubahan pada keremajaan mata dan cahaya secara keseluruhan di sekitar kawasan mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.