TERAPI RAMBUT KERING

Apa yang anda boleh lakukan untuk rambut kelihatan cantik, sihat dan tidak kusut? Ikuti punca masalah rambut kering dan tip menyelesaikannya.

EH (Malaysia) - - Rambut -

Kini pelbagai produk penjagaan rambut berada di pasaran tapi awas jangan tersalah pilih. Pilihlah jenama yang anda benar-benar yakin dan sesuai bagi rambut anda dan yang paling sesuai bagi masalah rambut yang anda hadapi. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel di bahagian rambut sedang mengalami kerosakan, rapuh dan putus. Semua itu menyebabkan rambut anda tampak kusam. Dan apabila dikaji masalah rambut semuanya berpunca daripada satu, iaitu apabila rambut kering!

Rambut kering akan kelihatan mengembang, kusam dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. Terdapat banyak sebab rambut kering dan sudahnya menjadi rosak. Contohnya seperti jika kerap diwarnakan, proses mengeriting dan macam-macam lagi. Namun kita uraikan kepada faktor utama yang menyebabkan rambut kering iaitu:

KESAN KIMIA

Disebabkan pewarnaan rambut atau

rebonding (kekal). Proses ini menyebabkan kerosakan pada kutikel rambut membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya menjadi lemah dan mungkin menyebabkan rambut kering kronik dan rapuh.

AKIBAT GETAH PENGIKAT

Mengikat rambut terlalu kuat menyebabkan tekanan kepada pangkal rambut dan kulit kepala. Ia juga menyebabkan minyak semula jadi tidak sampai pada hujung rambut. Selain itu elakkanlah dari mengikat rambut menggunakan tali getah kerana ia mudah menyebabkan rambut terputus.

KEPANASAN

Suhu daripada pengering rambut, pengeriting dan pelurus rambut yang menggunakan suhu terlalu tinggi dan kerap menyebabkan kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan rambut. Cuaca juga menjadi faktor kepada rambut rosak, ini kerana sinaran UV boleh menyebabkan rambut kering dan rosak pada masa yang sama.

MENGESAT RAMBUT TERLALU KUAT

Boleh menyebabkan rambut mudah kering dan rosak. Seeloknya cuma tekapkan tuala perlahan-lahan pada rambut yang basah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.