Sheer

EH (Malaysia) - - Pentas Peragaan -

Melantangkan gaya feminin dengan kombinasi material jarang dan fluid, kebanyakan pereka menggunakan fabrik sifon dan organza yang menutupi bahagian skirt bagi mendedahkan ilusi kaki. Bahagian skirt juga direka longgar atau berpotongan lurus seperti yang terdapat di pementasan Farah Khan, Rico Rinaldi, Justin Yap, Nizam Jamil serta di label Dude&TheDuchess. Lain pula penggunaan fabrik jarang di Nurita Harith, dengan mencantumkan panel ini pada fabrik lain bagi menyerlahkan keseksian wanitanya. Mimpikita membaluti keseksian pemakaian tube yang menutupi dada dengan fabrik organza yang diserikan dengan perincian berbatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.