Fadhilah Salim

EH (Malaysia) - - Pentas Peragaan -

Inspirasi rekaan anda? Ia diambil dari ilham molekul air. Kerana terlalu tertarik dengan bentuknya yakni pantulan air yang sudah dikeraskan, ia membentuk seperti corak geometri. Ini secara tidak langsung melambangkan emosi dan refleksi diri sendiri. Saya melakukan kajian air itu sebelum gambarnya dimasukkan ke dalam software, kemudian melakukan proses menyerlahkan corak geometri tersebut.

Langkah seterusnya? Prosesnya mengambil masa selama tiga hari itu, termasuklah menyusun layout kemudian disudahkan dengan mencetak ke atas fabrik kapasdrill, kapas bertekstur, kain wool serta fabrik riding dengan teknik digital printed.

Perancangan selepas KLFW KLFW memberi ruang, cabaran serta peluang untuk saya menceburi bidang fesyen justeru untuk menguatkan label saya. Kini saya sudah mula membuat kerja freelance dan mahu mempelajari serta memperkuatkan teknik dan rekaan untuk cetakan untuk rekaan sedia pakai saya justeru memastikan setiap rekaan diberi potongan yang kemas dan wearable.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.