Karisma GAYA CANNES

EH (Malaysia) - - Pentas Peragaan -

MARION COTILLARD Lari dari kebiasaan, dia memilih gaun berpotongan unik dengan tumpuan perincian di bahagian belakang gaun ilham Dior Couture. CATE BLANCHETT Cukup dikenali dengan selera yang berbeza dari gaya kebiasaan aktres lain, Cate memilih gaun dengan perincian penuh rona di dada. Ilham bold Givenchy.

BLAKE LIVELY Rata-rata media menamakannya sebagai ratu karpet merah Cannes. Gaun kemban hitam putih Gucci Premiere ini mencetus imej glamor nan klasik.

JESSICA CHASTAIN Gaya yang cukup feminin dalam rona yang cukup bold. Dia memilih gaun dengan leretan sifon di belakang, ilham Elie Saab Couture dan sepatu perak Roger Vivier. ALESSANDRA AMBRÓSIO Glamor dan mewah dalam gaun drape dengan belahan di bahagian kaki ilham Atelier Versace.

FREIDA PINTO Bagaikan dalam filem dongeng, dia melangkah dalam gaun kembang ilham Michael Kors yang dihidupkan dengan perincian labuci dan bulu.

JULIANNE MOORE Memilih busana dari koleksi Chanel Couture musim bunga 2014, mainan bulu pada keseluruhan gaun mencipta drama pada penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.