Effortless!

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

Tiga bintang ini memilih gaya yang cukup relaks dan tenang. Hanya pesona dan aura yang menyerlahkan gaya.

AISHWARYA RAI Bekas Miss World ini hadir dalam balutan gaun rona emas ilham Roberto Cavalli. Penampilan mewah yang dikira agak biasa di karpet merah.

ZOË SALDANA Gaya yang minimalis. Gaun putih dengan mainan perincian di dada serta lilitan tali emas di pinggang ini adalah ilham Victoria Beckham. PAZ VEGA Satu gaya yang selamat namun masih menawan. Gaun renda paras betis ilham Elie Saab diseimbangkan dengan dandanan rambut yang ringkas. Aksesori berlian Chopard penyeri gaya.

NICOLE KIDMAN Bintang Grace of Monaco ini tampil dengan gaun biru yang sarat dengan perincian daripada Armani Prive. Aksesori mewah Harry Winston.

AMBER HEARD Lari dari gaya gaun melekap, dia tampil effortless dengan baju longgar dipadankan dengan gaun metalik dari Vionnet.

ADRIANA LIMA Gaya yang dikira agak trashy untuk karpet merah Cannes. Dia menggayakan gaun rekaan Alexandre Vauthier Couture.

NAOMI WATTS Dia menggayakan gaun kemban dengan kain sifon bersilang di dada yang dikira agak

old fashion. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang gaun Marchesa ini.

KARLIE KLOSS Tidak cantik! Karlie gagal menyerlahkan pesona dirinya dalam gaun renda ilham Valentino ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.