Ekspresi Seni Clutch Azooi

BERMULA DARI BIDANG PERAGAWATI, SHANA AZAHARI PUNYA FOKUS SENI YANG LEBIH TERSENDIRI.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1 Ceritakan pendidikan awal dan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan ini? Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Falsafah dan Ekonomi di UCL London, dari situ saya mula meminati dan mendalami seni dan lukisan. Tahun lepas, saya memulakan perniagaan online www. clutchthatbag.com di mana saya memilih serta menjual beg dan aksesori. Walau bagaimanapun ia tidak mendatangkan kepuasan. Kerana saya mahu menghasilkan produk sendiri. Jadi, saya mencari asas clutch kemudian lukiskan corak atasnya. Enam beg pertama saya simpan sehingga bulan Mei lalu sebelum melancarkan koleksi pertama Azooi.

2 Jadi, berapa lama sudah anda memulakan seni ini? Saya sudah belajar dan mula melukis sejak berumur 18 tahun kemudian idea melukis di atas clutch sejak Januari tahun lalu.

3 Bagaimana pula tentang falsafah seni anda? Saya percaya pabila bercakap mengenai seni ia perlu fokus pada kecenderungan masing-masing. Maksudnya, when people create art they may aim to create something original or intelligent or shocking or moving or beautiful. Sasaran saya pula untuk menghasilkan sesuatu yang cantik dan kekal cantik biarpun 100 tahun yang mendatang.

4 Dari mana datang ilham inspirasi?

Apa sahaja yang cantik. Ia menggoda saya untuk ‘merakam’ inti pati yang membuatkan saya suka pabila memandangnya dan kemudian saya ilhamkan semula dengan sentuhan sendiri ke atas clutch.

5 Bahan apa yang anda gunakan dan berapa rona untuk satu rekaan? Kebiasaannya saya menggunakan cat akrilik dalam tiga rona kerana saya lebih gemar pada rekaan yang terperinci.

6 Tidakkah mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya? Kami membuat asas clutch dengan menggunakan moulds kemudian menyatukan pelapik dalam di mana ia dijahit tangan menerusi teknik qulited. Kemudian bergantung sekiranya kami mahu meletakkan perincian timbul seperti koleksi baru ini, kami melekatkan cangkerang. Ia disudahi dengan melukis serta mewarna yang mengambil masa dalam dua hari untuk satu beg. Akhir sekali, bagi melindungi lukisan tersebut kami salutkan dengan

penyudah glass-like. 7 Prosesnya

agak sukar. Jadi, berapa lama masa yang boleh disiapkan sepenuhnya? Ia mengambil masa kira-kira tiga minggu atau sebulan termasuk bagi menyiapkan lukisan dan perincian. Kadangkala ia boleh mengambil waktu yang lebih lama.

8 Berapa harga yang dijual untuk satu clutch? Item sedia pakai bermula RM850 manakala untuk pembuatan yang khas harga dalam bermula RM1200.

9 Berikan lima perkataan melambangkan wanita Azooi? Curious, creative, individual, discerning and aesthete.

10 Perancangan dalam pemasaran Azooi? Kini kami sudah mula untuk memasarkan beg ke Paris, Jepun, Kanada dan Australia sehingga hujung tahun ini dan tahun hadapan pula kami merancang untuk mengeluarkan produk baru, mewah seni juga punya fungsi.

11 Pendapat anda, pengayaan yang bersesuaian dengan clutch Azooi. Saya percaya rekaan baru saya ini penggunaannya lebih meluas dan boleh disesuaikan dengan banyak gaya dan personaliti. Sebab itulah saya memilih bentuk rekaan yang lebih ringkas kerana saya percaya ia membuatkan beg lebih versatil dan chic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.