Elle Fanning: Romantic Princess

EH (Malaysia) - - Stail -

Mula memasuki scene Hollywood sejak berumur 2 tahun 8 bulan tatkala membintangi watak kakaknya, Dakota Fanning sewaktu kecil. Cita rasa serta gayanya kian menyerlah sewaktu membintangi filem Somewhere dan berjaya mengondol anugerah Young Hollywood Award dalam kategori Actress of the Year Award pada 2011. Menggayakan gaun hitam satin dengan leher tinggi perincian lisu rekaan Marc Jacobs musim luruh’11 waktu itu, memecahkan gaya superstar dan menjadikan dia bintang fesyen yang kian diminati.

“Saya mula menyedari tentang fesyen sedari kecil dan ibu memberi kebebasan untuk saya menyarung apa jua helaian. I

just love fashion, it excites me.” Gayanya sama sekali tidak sama seperti pilihan kakaknya, Dakota Fanning. Dia mencipta gaya yang tersendiri seperti menyelitkan suntikan gothic, dan terkini selepas menjayakan watak sebagai Aurora dalam filem Maleficent, sering kali muncul dalam gaya dreamy, bergaun kembang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.