Lupita Nyong’O: Bijak dan Berani

EH (Malaysia) - - Stail -

Lakonannya dalam filem 12 Years A Slave memberikan dia kemenangan yang tidak putus-putus malahan setiap gaya karpet merahnya menjadi tarikan seluruh pelosok dunia. Ini membuktikan dia bukan sahaja mengambil serius bakat lakonannya malah mahu menjadi ‘suara’ baru bagi pemikir fesyen di Hollywood. Pertama kali muncul dengan gaun putih berlisu rona emas rekaan Prada, gayanya beransur kepada pilihan rona yang lebih berani. Keyakinannya dalam berfesyen membuktikan bahawa rona kulit atau rupa paras bukanlah tiket sebenar seseorang itu dilabelkan sebagai ikon fesyen. Tetapi keberanian dan kefahaman setiap inci tubuh lebih menjamin kualiti penggayaan.

Kebijaksanaannya dalam merencana gaya turut memberi peluang dalam menghiasi kempen fesyen pertama jenama Miu Miu musim bunga lalu justeru memberinya satu lagi peluang setelah dilantik menjadi wajah baru produk kecantikan Lancome.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.