Inspirasi Zoe Saldana

BINTANG HOLLYWOOD YANG MENYERLAH DENGAN PERSONALITI DAN LAKONAN HEBATNYA KINI DISUNTING L’OREAL PARIS SEBAGAI JURUCAKAP ANTARABANGSA.

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Bintang yang terkenal dengan watak Neytiri dalam filem blockbuster Avatar tidak berhenti di takat itu sahaja, Zoe telah membina reputasinya sebagai pelakon yang versatil dan dikagumi dengan lakonan yang cukup mengesankan. Dia juga terkenal dengan wajah yang feminin namun mengekalkan bentuk badan yang atletik. Ikuti temu bual EH! bersama Zoe mengenai inspirasi dan rahsia kecantikannya.

APA YANG MEMBERIKAN ANDA KEYAKINAN?

Menjadi seorang role model, membuat keputusan yang betul dan mengetahui bahawa setiap hari adalah hari untuk saya memberi kesan positif kepada masyarakat, itu semua memberi saya keyakinan untuk menjadi diri sendiri.

APAKAH MAKSUD TAGLINE “KERANA DIRI BEGITU BERHARGA” PADA ANDA?

Wanita perlu tahu bahawa mereka juga penting, sama seperti pasangan mereka. Dan kita sepatutnya tahu bahawa kita mampu mengubah sesuatu setiap hari. Dengan itu hargai diri sendiri dan sayangi diri sendiri.

APAKAH TIP KECANTIKAN YANG ANDA BOLEH KONGSI?

Sentiasa bersihkan solekan pada waktu malam. Tidak kira betapa penatnya anda, apabila anda berehat kulit anda juga sepatutnya berehat.

APAKAH PRODUK KECANTIKAN YANG PATUT ADA?

Krim dan minyak pelembap, juga gincu! Saya sukakan Color Riche L’Extraordinaire Lipstick.

SIAPAKAH YANG ANDA KAGUMI DALAM INDUSTRI FILEM?

Saya kagumi semuanya, mereka punyai keberanian yang tinggi untuk berada di dalam industri ini.

TEMPAT BERSEJARAH YANG ANDA MINATI?

The Colosseum di Rome, The Louvre Museum di Paris, Stonehenge di London, The Getty Museum di Los Angeles, dan Statue of Liberty di New York.

BAGAIMANA CARA ANDA BERSEDIA KE KARPET MERAH?

Saya akan memastikan minum air dengan banyak, makan sayuran hijau dan sentiasa bersederhana dalam pengambilan ‘comfort food’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.