Cara Terbaik Jaga Mata

KETAHUI PUNCA DAN MASALAH MATA ANDA YANG KIAN LETIH, SEMBAP DAN TIDAK BERMAYA DAN MULA CARI PENAWAR UNTUK MENGEMBALIKAN KEREMAJAANNYA.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kisahnya sentiasa bermula apabila anda berjumpa dengan teman-teman lama yang mana anda akan seronok berbicara mengenai perkembangan terbaru anda, dan berakhir dengan keresahan apabila dia akhirnya menegur wajah anda tampak lesu. Yang sebenarnya anda tidak, dan kata-kata itu cumalah berpunca daripada mata anda yang tampak letih. Ini semua berpunca kerana semakin anda dimamah usia, kulit di bahagian mata yang mana lebih nipis daripada bahagian kulit lain kian menipis. Lantas situasi ini menyebabkan mata anda tampak kendur, banyak garisan halus memberikan kesan wajah kepenatan. Jika tidak dijaga, wajah akan tampak tua sebelum usia hanya dengan penampilan mata. Sekiranya anda mulakan rawatan mata yang sempurna serta lakukan beberapa muslihat di bawah bermula dari sekarang, anda mungkin dapat mengembalikan keremajaan mata!

2

3 2 BABOR SE COOLING EYE GEL RM325 Teksturnya yang sejuk sebaik dioles pada keliling mata menghasilkan kesegaran mata serta merta. 3 L’OCCITANE EYE ROLL ON Mudah dipakai tidak kira masa dan tempat, hanya sapu pada keliling mata dengan teknik lembut, elakkan menariknya dengan kuat.

1 1 SHISEIDO BIOPERFORMANCE SUPER CORRECTIVE EYE CREAM RM215 Dengan teknologi terkini dalam rawatan mata, ia mampu menghasilkan mata yang kekal anjal dan tegang serta bebas lingkaran gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.