4 MASALAH MATA YANG POPULAR

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 SEMBAP Sesetengah orang yang mengalami masalah mata sembap adalah kerana faktor genetik, dengan itu tiada produk mampu menghilangkan mahupun mengurangkannya. Namun sekiranya sembap di bawah mata anda adalah ‘bermusim’ jadi pengekalan air adalah punca sebenar masalah ini.

2 LINGKARAN GELAP BAWAH MATA Apabila saluran darah mulai ketara pada kulit, ia membuat mata tampak kebiru-biruan di kelilingnya memandangkan kulit kita semakin menipis (lutsinar) seiring usia. Punca yang jarang dialami adalah hiperpigmentasi selepas keradangan mata, yakni pigmentasi yang keperangan di bawah mata yang terkumpul akibat gosokan mata yang kerap (disebabkan alahan atau pemakaian kanta lekap).

3 GARIS HALUS DAN KEDUTAN Ia terjadi akibat pergerakan otot wajah setiap kali anda senyum, mengerut dan menjeling. Walaupun wajah anda kembali normal, namun setiap pergerakan tadi akan kekal. Malah garisannya akan tampak lebih dalam dari ke hari.

4 KELOPAK MATA MENGENDUR Apabila kolagen, keanjalan dan lemak semakin berkurangan seiring usia, kelopak mata akan mulai mengendur. Genetik akan menentukan bila kulit anda akan mengendur dan seteruk mana ia terjadi. Malah faktor luaran seperti cahaya matahari juga menjadi punca pada kekenduran kulit di awal usia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.