CARA MENGATASI:

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 ‘BEAUTY SLEEP’ MEMBANTU

Ramai yang menggunakan ayat ini sebagai gurauan ataupun tidak tahu maksud sebenar ‘Beauty Sleep’. Tidur yang cukup setiap malam dalam waktu yang sama adalah kunci untuk gaya hidup yang seimbang, sihat dan produktif. Tidur adalah rawatan kulit semula jadi, yang mana ia bertindak mengimbangkan keadaan kulit sepanjang malam, lantas kulit mata bebas lingkaran gelap dan sembap keesokan hari.

2 REJIM KRIM MATA

Memandangkan kulit mata adalah bahagian paling nipis, ia mempunyai peluang yang tinggi untuk kesan produk yang efektif. Ia memudahkan krim menyerap pantas ke dalam kulit lantas menghasilkan kulit mata yang berseri sekelip mata. Namun perlu dipastikan agar bahan-bahan yang terkandung adalah betul untuk mengekalkan kesihatan kelopak mata. Antara bahan yang penting adalah retinol dan Vitamin C.

3 LINDUNGI MATA

Anda fikir kaca mata hanya berfungsi sebagai aksesori fesyen atau perisai silau matahari? Ia lebih dari itu. Ia sebenarnya mampu melindungi lapisan kulit nipis ini daripada kesan buruk cahaya UV. Kedutan dan garisan halus keliling mata akan mudah kendur. Jadi lebih baik mengelak daripada merawat bukan?

4 KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Hampir semua orang bangun tidur dengan kesan sembap di bawah mata walaupun dengan tidur yang cukup. Malah ia tidak mudah dihilangkan hanya dengan krim. Puncanya? Garam dalam makanan yang diambil sebelum tidur. Elakkan pengambilan makan malam yang bergaram sebelum tidur, ia menyebabkan sembap mata yang lebih teruk.

5 BERHENTI MEROKOK DAN MENGGOSOK

Pengambilan makanan seimbang, berhenti merokok dan buang tabiat menggosok mata sedikit sebanyak dapat membantu anda menghilangkan lingkaran gelap. Jika anda mengalami lingkaran gelap yang teruk, percayalah mekap setebal mana pun tidak dapat melitupinya.

6 GUNAKAN BAHAN SEMULA JADI

Inginkan kesan yang pantas dan jimat? Sebelum bersolek, letakkan hirisan timun sejuk atau beg teh yang sejuk pada mata selama lima minit. Kesannya mujarab cuma tidak kekal lama, tetapi sekurangkurangnya ia membantu!

7 PRODUK ‘FILLER’

Kini terdapat banyak jenama kecantikan menghasilkan ‘Wrinkle Filler’ yang mana ia berfungsi untuk mengisi garisan yang dalam di sekitar mata. Ia akan melicinkan tekstur sekeliling mata serta melembutkan kulit. Mungkin ini cuma menghasilkan ilusi namun dengan pemakaian yang kerap ia dapat membantu merawat garisan yang dalam walaupun ‘Craw’s Feet'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.