SENSASI SOLEKAN

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Anda sudah mengenali asas kecantikan, jadi hadir pula yang ditunggu-tunggu ramai–kilauan, sinaran dan warna solekan yang menjadi kegemaran setiap wanita!

PADA MUKA

Dapatkan wajah yang lembut dengan mengenakan bedak asas bersesuaian sebelum anda mencantikkan lagi wajah anda. Bedak asas boleh memberi litupan nipis, sederhana atau penuh; dan hadir dalam bentuk bedak, cecair atau krim. Pilih yang memberikan ilusi seperti anda tidak mengenakan solekan langsung dan mampu bertahan sepanjang hari. Kulit berminyak harus menggunakan formula pusam manakala kulit kering pula harus fokus kepada bedak asas dengan kandungan yang menghidratkan.

MATA MENAWAN

Pembayang mata hadir dalam bentuk bedak, krayon, cecair atau krim; dan boleh digabungkan untuk membentuk gaya tertentu. Anda harus bereksperimen sehingga anda menemui solekan paling digemari. Selepas mewarnakan bahagian atas mata, serlahkan lagi mata dengan celak. Pelbagai jenis celak yang boleh dipilih untuk membentuk efek – seperti solekan dramatik sehingga solekan harian.

BIBIR

Untuk gincu pula, pilih antara gincu berkrim sehingga pengilat bibir – tidak salah untuk memiliki semua! Di mana sahaja anda berada, mewarnakan bibir adalah cara paling mudah untuk membentuk gaya anggun dan kemas serta sebagai penyerlah kecantikan yang pantas. Warna yang menawan pula membentuk seluruh penampilan anda!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.