ASAS KULIT

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Solekan amat menyeronokkan, tetapi sebelum anda leka dengannya, anda harus memastikan kulit anda sempurna. Bunyinya agak membosankan namun memastikan kulit anda bersih dan lembut amat mudah. Apa yang anda perlukan ialah produk yang betul dan disiplin. Jadi ayuh mulakannya!

PENCUCI MUKA

Sudah pasti mencuci muka bukan sekadar membasuh muka anda. Kulit mungkin terjejas akibat aktiviti yang anda jalani sepanjang hari – seperti mengenakan solekan, mengharungi cuaca panas dan muka disentuh oleh tangan berminyak – jadi sudah pasti ‘satu untuk semua’ tidak sesuai apabila bercakap mengenai pencuci muka. Daripada sabun kepada krim, gel, salap dan minyak, ada pelbagai jenis untuk dipilih. Jenis kulit anda akan menentukan aapa yang sesuai dengan anda.

PELEMBAP

Tidak hairan jika muka anda sentiasa memerlukan khasiat. Lapisan atas epidermis memainkan peranan penting untuk mengekalkan lembapan dalam kulit. Untuk memastikan kulit lembap, kami gunakan pelembap yang mengandungi humektan, iaitu bahan yang mampu menyimpan air dalam kulit dan membaik pulih sel yang berkurangan.

RAWATAN ANTI-PENUAAN

Dalam masa 20 tahun anda akan mengimbas kembali dan berharap anda menumpukan lebih perhatian pada kulit anda. Sebenarnya, serum anti penuaan bukan langkah yang melecehkan dalam rutin kecantikan – ia adalah produk yang memastikan kulit kekal muda dan lembut. Produk anti penuaan mengandungi kandungan yang memulihkan kulit seperti memulihkan kulit rosak akibat pendedahan terhadap matahari, menggalakkan kolagen, mengurangkan kehadiran jeragat dan sekaligus memulih tekstur kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.