Garis SEMPURNA

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Penggaris mata hitam menjadi produk wajib dalam setiap beg kecantikan wanita, jadi pastikan anda memiliki Cyber Colors Super Stay Black Tip Liner. Ia nipis, dengan saiz hujung berus hanya 0.4mm. Ia memberi kawalan sepenuhnya dan membentuk garis yang tepat dan sama rata dengan hanya satu aplikasi. Formula ekstra hitam membentuk garis gelap dan dramatik yang mampu bertahan sehingga 14 jam tanpa comot. Ini bermakna anda boleh bergaya ala

cool biker-chic tanpa perlu risau solekan anda comot pada penghujung hari!

Cyber Colors Super Stay Black Tip Liner, RM42.90

TIP! Apabila mengenakan penggaris hitam, tarik hujung mata agar menjadi tegang untuk elak kedutan atau ruang kosong. Lukis garisan dot kemudian sambung dot itu. Guna penggaris sedekat yang mungkin pada bahagian mata atas.

PROMOSI Beli set Cyber Colors Super Stay Black Tip Liner dan Cyber Colors Mascara pada RM69.90 sahaja! Tawaran sah sehingga 1 September 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.