#STAILEH

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Sebanyak 1150 gambar yang dimuat naik di Instagram menggunakan hashtag #STAILEH (termasuk gambar-gambar

yang tiada kena mengena).

15 kategori dipertandingkan tahun ini berbanding dua tahun lalu dengan 16 kategori bagi memberi signifikan kepada sambutan 15 Tahun Majalah Urban No. 1 kegemaran anda ini.

Sejak diperkenalkan pertama kali pada tahun 2008 Awal Ashaari merupakan selebriti lelaki kedua yang mengungguli kategori utama Anugerah Stail EH! selepas pengacara nombor

satu Malaysia, Aznil Hj. Nawawi. Rozita Che Wan tewas di tangan Nabila Huda tahun ini bagi kategori Selebriti Wanita Seksi setelah dua kali berturut-turut membawa pulang trofi ini. Namun Che Ta tidak pulang dengan tangan kosong kerana pembaca EH! memberikan trofi Selebriti

Bentuk Badan Cantik padanya tahun ini.

Duo Dinamik! Jenaka spontan Wan Sharmila dan Sari Yanti ketika mempersembahkan anugerah bagi kategori Pasangan Selebriti Pilihan mengundang tawa seluruh

dewan. Satu sesi fitting diadakan terlebih dahulu bersama selebriti Azura

Zainal, Iz Sulaini dan Hunny Madu yang menjadi pengacara malam tersebut diadakan terlebih dahulu di butik penaja utama

kami A|X Armani Exchange, Pavilion. Emma Maembong tiba bersama Zizan Razak dengan

entourage yang paling ramai.

Persembahan Dayang Nurfaizah dengan trak If I Ain’t Got You memukau semua yang hadir. Sherry Ibrahim antara selebriti yang memuat naik video persembahan Dayang menerusi akaun Instagramnya @sherryibrahim dengan caption

– love the voice and the song… #dayangnurfaizah #staileh “Alhamdulillah! Anugerah Selebriti Paling Bergaya, Anugerah Stail EH! 2014 milik Awal sekali lagi hasil pilihan anda semua. Terima kasih yang tak terhingga! You guys rock!” – Tulis Awal

menerusi salah satu post Instagramnya, @awalashaari

Oscars selfie turns #staileh selfie! Awal Ashaari merakam selfie bersama Siti Saleha, Nas-T, Nadiya Nisaa, Ryzal Jaafar, Izara Aishah, Sari Yanti dan Azura Zainal di bilik khas yang

menempatkan studio mini kami. Jurusolek terkemuka Najeeb Azami kekal pulang dengan trofi

Jurusolek Selebriti Pilihan buat kali kedua. Persembahan dibuka dengan bakat muda Kayda bersama Hunny Madu dengan trak Go Hard or Gostan. Not bad at all! Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Izara Aishah menghadiri satu majlis lain namun melarikan diri sebentar ke Anugerah Stail EH!

dan kemudian kembali ke majlis tersebut. Buku EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti dilancarkan pada malam itu

dan menjadi cenderahati istimewa buat semua yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.