SUKAKAN NOVEL BERSIRI EH!

EH (Malaysia) - - Salam - - Hasila, Sendayan, Negeri Sembilan

Assalammualaikum... sebelum berkahwin, majalah EH! ibarat rakan baik saya. Maklumlah, saya suka tengok iklan-iklan yang ada dalam majalah EH!. Berbagai produk disajikan dari penjagaan muka, wangian, sehinggalah koleksi terbaru jenama tempatan dan antarabangsa disiarkan. Malah, saya gemar mengumpul majalah EH! semata-mata demi membelek setiap helai ruang majalah apabila senang.

Malangnya, selepas berkahwin, saya hampir terlupa kewujudan majalah yang saya gemari ini dek kesibukan menguruskan rumah tangga. Sukar untuk mendapatinya di kedai, terutama apabila saya lewat menyedari bahawa keluaran terbaru telah berada di pasaran.

Namun begitu, penampilan baru Wawa Zainal isu Januari 2014 menggamit kenangan hobi saya. Lebih menyeronokkan bila membaca novel bersiri nukilan Nadia Khan yang sangat mengujakan. Saya kembali mengumpul setiap edisi majalah EH! Dijadikan cerita, sekali lagi saya lupa untuk mendapatkan edisi Ziana Zain dan episod 5 bagi novel bersiri yang saya ikuti itu, “Pakar Sakit Hati”!

Apabila melayari Instagram EH!, saya dapati Yana Samsudin menghiasi kulit dengan tema perkahwinan dan it’s so beautiful. Saya tidak mahu lagi ketinggalan setiap edisi.

Bagaimana? Saya langgan edisi digital EH! sepantas kilat di Magzter. Amazingly, pertama kali membaca majalah EH! edisi digital membuatkan saya membacanya seperti memegang yang hard copy. Sangat mudah dan ruang iklan yang ada sangat real! Hidup saya lebih mudah tanpa memikirkan saya akan terlepas edisi baru lagi dan akan menanti episod “Pakar Sakit Hati” seterusnya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.