APA KATA MURAI?

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

EH! mendapatkan Ayie Ali, Editor Stailista di Murai.com.my untuk berkongsi pendapat tentang penampilan sebahagian selebriti di malam Anugerah Stail EH! 2014.

KAKA Top dan celana panjang biru berkilat yg dipakai Kaka kali ini menampakkan dia out of place. Tas tangan dan tumit tinggi itu juga serba tak kena. TANIA HUDSON Little white dress atau black dress adalah penyelamat dalam apa juga acara. Tapi inikan acara fesyen. Come on, you can do better girl.

SITI SALEHA Penampilan cukup ‘misteri’ daripada Siti Saleha. Dia jarang tampil berani dan dewasa seperti ini. Tapi

clutch itu sedikit besarlah, Sayang.

QALISHA

RAY Seksi, mengancam dan membara. Gaun panjang bercetak kulit ular yang cukup sesuai dengan personalitinya.

TASHA SHILLA Tiada lagi gaun labuh atau sendat, Tasha Shilla tampil tersendiri bak watak cat woman. Bayangkan jika tiada sarung kaki panjang hitam itu, pasti ‘panas’ jadinya.

SITI ELIZAD Mungkin Siti Elizad ingin tampil sedikit klasik dengan pilihan solekan, dandanan dan potongan pakaiannya. Tidak berapa menjadi tetapi okey-okey saja.

SAZZY FALAK Cuba membuktikan penampilan ringkas juga mampu tampak sensasi lagi bergaya. Padanan top belang dan skirt pendek yang sangat segar.

SHERRY IBRAHIM Terlebih solekan dan terlebih aksesori telah membuatkan Sherry kelihatan tidak selesa dengan penampilannya.

NADIYA

NISAA Jaket putih yang dipakanya agak tergantung dan menghilangkan seri gaun kembangnya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.