NEO URBAN CHIC
Selebriti bebas menggayakan apa jua gaya namun masih berpaksikan identiti moden dan urban.
SARA ALI Memilih rekaan Adila Long,seluar lebar dari fabrik satin dutchess ini membeli ilusi kaki yang tinggi manakala baju satin cropped menyuntik feminin untuk keseluruhan gaya.
KEITH FOO DAN KIM RAYMOND Pasangan ini memilih gaya rona gelap yang cukup ringkas namun versatil.
ANZALNA NASIR
Katanya dia membeli sendiri gaun ini. Gaun labuh hitam dengan potongan belah yang mendedahkan kaki kanan menambah seksi.
DAYANG NURFAIZAH
Jumpsuit rekaan Halston Heritage ini menyuntik elegan berserta aksesori rona emas.
TUTI NOOR Memilih rekaan Zakwan Anuar dengan baju bercorak dan seluar highwaisted dan tampil sempurna dengan potongan rambut sleek boy cut.
FOUZIAH GOUS
Tampak sedikit besar dengan baju bahu berpad ilham Syaiful Baharim, seluar
leggings serta kasut but. Namun penampilannya dikemaskan dengan rambut gaya sleek.
WAN SHARMILA Gaun lengan puff diserasikan dengan rambut suak ke belakang.
ADELINE TSEN
Gaun rekaan Wanpa tampak moden namun lebih serasi jika dipadankan dengan rekaan kasut tumit yang ringkas.
GAMBIT SAIFULLAH Memilih sut dari rekaan Lord’s Tailor dengan corak jalur menampakkan dia sedikit kemas terutamanya selepas berambut pendek.
RYZAL JAAFAR Tampil santai dalam A|X Armani Exchange.