Mengapa Lelaki Tolak Seks

JIKA SUAMI ANDA MENOLAK MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM, PASTI ADA MASALAH, MUNGKIN PUNCANYA ADA PADA ANDA ATAU DIRI MEREKA SENDIRI.

EH (Malaysia) - - Seks -

Hubungan seks dalam ikatan rumah tangga yang sudah terjalin sah pastinya menyerikan rumah tangga. Bahkan ia diwajibkan dalam perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin, hubungan seks boleh menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara suami dan isteri.

Si isteri wajib melayan sauami biarpun sering kali kita terdengar isteri bersikap dingin di kamar tidur, pelbagai alasan diberikan seperti penat, tidak sihat juga situasi diri yang tidak membenarkan seperti datang bulan dan hamil. Namun, apakah pula alasannya pula jika seorang suami menolak hubungan seks dengan isteri? Jika ini berlaku, maka pelbagai soalan yang bermain di minda si isteri. “Apakah saya ada membuat kesalahan?” “Mungkinkah dia ada orang lain di hatinya?” Sudah pasti soalan-soalan ini terungkai secara automatik di fikiran.

Bawa bertenang. Take a chill pill. Kerana ada beberapa sebab munasabah kenapa suami menolaknya dan mungkin anda juga boleh menjadi salah satu dari penyebabnya.

STRES Terlalu stres dengan bermacam ragam hal di tempat kerja membuatkan suami hilang mood dengan siapa pun termasuk isteri. Bagi lelaki, apabila mereka stres tentang kerja, fikiran mereka akan tidak henti memikirkannya dan mulalah berfikir secara negatif di mana kariernya tidak akan pergi jauh dan sekali gus menolak seks dengan isteri. Bagi isteri jalan yang anda boleh buat adalah cuba mengajaknya untuk berbincang jika dia memerlukan pertolongan tetapi cari masa yang sesuai untuk bercakap tentangnya, jika tidak lain jadinya.

CLINICAL DEPRESSION Ini adalah faktor besar yang membuatkan lelaki menolak seks. Tidak kira tua atau muda, lelaki yang mengalami masalah tertekan ini boleh mengakibatkan dirinya menolak untuk melakukan seks dengan isterinya. Tekanan klinikal adalah penyakit secara fizikal dari kelemahan seseorang itu. Apa yang anda boleh buat bagi isteri adalah sabar. Cuba mengajaknya untuk berjumpa doktor atau kaunselor untuk merehatkan minda dan dirinya.

TAHAP TESTOSTERONE RENDAH Jika dilihat secara saintifik tentang tubuh badan dalaman lelaki, selalunya lelaki yang sudah hampir mencecah umur 40-an tahap testosteron dalam tubuh badan akan mula menurun. Jika ini berlaku masa demi masa, lelaki akan mula hilang keinginan untuk melakukan seks. Namun kadang kala lelaki boleh kehilangan testosteron secara mendadak. Kondisi ini boleh dikaitkan dengan andropaus yang juga boleh mengakibatkan kurang tenaga, mudah tertekan dan hilang nafsu seks. Jika ini berlaku, si isteri hendaklah mengajaknya untuk membuat pemeriksaan pakar dan pinta nasihat dari mereka untuk masalah tersebut.

TERLALU PENAT Ada masanya apabila suami mengatakan yang dia terlalu penat jadi itu menandakan yang dia tidak mahu untuk melakukan seks. Jangan mudah kecil hati apabila suami mengatakannya kerana penat kerana mungkin memang benar apatah lagi apabila penat pulang dari kerja seharian dan sehingga tiada daya fizikal untuk melakukan hubungan seks. Elakkan dari terus melenting jika suami menolaknya sebab penat kerana masalah seks dalam rumah tangga juga adalah salah satu punca yang membawa kepada penceraian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.