Strategi Melawan Favoritisme

RAMAI ORANG MAHUKAN KEPUASAN DALAM KERJAYA TETAPI TIDAK BIJAK DALAM PERCATURAN YANG BETUL. SUSUN STRATEGI UNTUK MENEWASKAN FAVOURITISME DAN KRONISME.

EH (Malaysia) - - Kerja -

Persaingan dalam kerja sentiasa wujud dan manusia hari ini berlumba-lumba dengan masa untuk kehadiran mereka disedari. Wujud rasa ketidakadilan dalam penilaian kerana kroni dan favouritisme membunuh minat serta kebolehan yang ada pada individu. EH! berkongsi rahsia bagaimana anda mampu mencapai kepuasan yang betul dalam bekerja dan mencapai penghargaan yang sebenarnya.

MENCARI PERCATURAN

Anda bekerja atas alasan apa? Tanya pada diri. Sama ada minat, gaji atau menyempurnakan keinginan kedua ibu bapa. Jika kerana minat kunci utamanya adalah kesabaran. Jika kerana gaji yang besar anda perlu bersedia dengan risiko luar jangka dan jika kerana memenuhi tuntutan kedua ibu bapa lakukan dengan ikhlas jika tidak anda hanya membuang masa dan akan menyesal bila sampai masa.

Adalah lebih baik anda mencari keseimbangan dalam ketiga-tiga alasan yang disebutkan tadi. Usah terlalu ghairah dalam bermimpi kerana mimpi tidak dicipta untuk menjadi nyata tanpa usaha. Begitu juga dengan tuah tidak datang bergolek dengan hanya berharap. Mengambil kata-kata Patrice Batson – Pengarah Pemasaran buat majalah Elle “Saya tidak percaya pada tuah kerana selama ini kegigihan dalam berusaha membuatkan saya berada di tempat saya sekarang.”

Dalam satu sesi soal jawab selepas tayangan perdana filem Muallaf di Singapura, Allahyarham Yasmin Ahmad disoal tentang karyanya yang sering ditentang orang Malaysia sendiri. Yasmin tenang menjawab dengan memberi katakata seorang pujangga Islam “Kita mesti jangan ego, kita mesti jangan have too

much desire dan kita jangan tamak” Katakata Yasmin itu yang jarang kebanyakan kita pegang bila menanam keinginan. Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal, Socrates – The only true wisdom is in knowing you know nothing.

GET AHEAD!

Beth Reacher menulis dalam sebuah artikel majalah Glamour Magazine UK, menulis “Anda mampu menyerlah dalam apa jua bidang kerja kerana apa yang penting adalah bagaimana anda membawa diri anda untuk mencapainya.” Reacher menambah terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan antaranya sentiasa tetapkan dalam fikiran sebelum melangkah keluar ke pejabat untuk mencapai hari yang produktif. Mulakan hari anda dengan perkara yang membuat anda bertenaga. Apa sahaja menurut Reacher sama ada secangkir kopi, bersenam, yoga atau dengan hanya berhubung dengan insan yang anda sayang.

Kedua pergilah berkenal-kenalan dengan ramai orang tanpa mengira siapa individu tersebut sama ada mereka yang pangkatnya lebih tinggi daripada anda atau tea lady di tempat kerja. Setiap individu yang anda temui dalam tidak sedar mampu memberi inspirasi atau motivasi untuk anda lebih positif. Terakhir sekali jangan risau untuk berkata berkongsi pandangan. Jika anda tahu apa yang anda lakukan adalah betul beranikan diri untuk bersuara dan jangan takut untuk gagal.

“Saya tidak percaya pada tuah kerana selama ini kegigihan dalam berusaha membuatkan saya berada di tempat saya sekarang.” - Patrice Batson, Pengarah Pemasaran majalah ELLE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.