RAHSIA BADAM

EH (Malaysia) - - Kerja -

1 MENGURANGKAN KOLESTROL Pengambilan badam meningkatkan tahap Vitamin E dalam plasma dan sel darah merah, lantas mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

2 BAGUS UNTUK MINDA Badam antara sumber nutrisi yang membantu dalam pembentukan dan kesihatan otak. Ia mengandungi dua nutrien otak penting iaitu riboflavin dan L-carnitine, yang menggalakkan aktiviti otak dan mengurangkan penyakit Alzheimer.

3 MENGUATKAN SISTEM IMUN Alkali boleh ditemui dalam badam dan ia dikenali untuk menguatkan sistem imun serta meningkatkan keupayaan badan untuk mengelak daripada penyakit.

4 MENGURANGKAN BERAT BADAN Walaupun kacang secara umumnya kaya dengan lemak, namun menurut kajian mereka yang mengambil kacang dalam diet harian lebih langsing berbanding dengan mereka yang tidak makan apa-apa jenis kacang.

5 KULIT MENAWAN Terkenal dalam industri kecantikan, buah badam dan minyaknya mampu memulihkan kulit agar penampilan tampak lebih menawan, segar dan sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.