Kaedah Psikologi Kurang Belanja

TABIAT GILA SHOPPING MUNGKIN MENGUNDANG KEPADA PEMBAZIRAN. GUNA CARA PSIKOLOGI UNTUK MELAWAN NAFSU BELI-BELAH!

EH (Malaysia) - - Wang& Anda -

Belanja sakan selalunya boleh dikaitkan dengan wanita. Tidak asingnya lagi bila mendengar wanita ke pusat membeli belah dan pulang dengan sekurangkurangnya satu barangan yang selalunya lebih ke arah kemahuan bukan keperluan.

Bila shopping sakan, mulalah duit simpanan terguna, kad kredit swap dengan mudah dan sanggup tidak makan hanya untuk memuaskan nafsu membeli. EH! ingin berkongsi kaedah psikologi yang boleh membantu menyekat nafsu berbelanja. 1 PAKAI KASUT TINGGI KETIKA SHOPPING Kajian dari Bringham Young University mendapati bahawa jika wanita keluar membeli belah dengan memakai kasut tumit tinggi, mereka lebih akan membeli barangan yang jauh lebih menjimatkan dan murah. Ini kerana fikiran mereka di saat membeli-belah terganggu.

2 FIKIR SEKETIKA Ambil seketika waktu untuk anda fikirkan sama ada beli atau tidak sebelum anda membayarnya. Fikirkan sama ada ia adalah kehendak atau keperluan. Beli sahaja jika anda pasti yang ia adalah satu keperluan dan mampu untuk membelinya. Ingat, ukur baju di badan sendiri. 3 HADKAN BILANGAN PERSINGGAHAN KE KEDAI-KEDAI Secara psikologinya, lebih banyak kedai atau butik yang anda singgah, lebih banyak anda membeli. Mungkin anda fikir anda boleh membuat perbandingan harga, tetapi sebenarnya lebih banyak anda berjalan dan usaha untuk sampai ke butik tersebut, anda akan rasa anda berhak berikan ganjaran ke atas usaha yang anda lakukan untuk sampai ke situ.

4 ABAIKAN JURUJUAL Lebih banyak anda berinteraksi dengan penjual atau promoter, lebih tinggi risiko anda menghabiskan wang. Ini kerana pastinya ada terputik perasaan tidak mahu membuatkan mereka si penjual kecewa setelah mereka membantu anda. Sebaiknya, hanya gunakan pertolongan mereka apabila anda betul-betul yakin untuk membeli atas dasar keperluan.

5 TINGGALKAN KAD KREDIT DI RUMAH Kaedah ini bukan hanya dapat mengurangkan hutang, malah menyelamatkan anda dari terus membeli barangan yang tidak diperlukan. Wanita lebih mudah berbelanja jika punya kad kredit kerana jumlah wang yang dibelanjakan tidak nampak secara zahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.