LASAK BERGAYA

Perkara yang paling penting kala mencari bagasi sempurna ialah tahan lasak namun masih lagi ringan. Kami telah menemui bagasi sempurna yang dicari-cari selama ini di The Travel Store!

EH (Malaysia) - - Fail Gaya -

Jika ditanya mengenai bagasi, ramai yang menjawab bahawa mereka gemarkan bagasi yang mempunyai ruang mencukupi untuk menyimpan barang tetapi masih lagi terasa ringan apabila diheret. Ada juga yang inginkan bagasi yang tahan lasak terutamanya bagi mereka yang selalu mengembara dan ada pula yang inginkan bagasi yang mewakili gaya peribadi mereka. Temui bagasi jenama Eminent daripada The Travel Store yang memenuhi semua kehendak anda. 1 DIPERBUAT DARIPADA 100% MAKROLON ® POLYCARBONATE Makrolon ® iaitu polycarbonate teknologi tinggi daripada Bayer MaterialScience menjadi bahan utama untuk menghasilkan bagasi ini. Bahan ini hadir dalam bentuk lut sinar atau legap, amat terkenal sebagai bahan yang tahan lasak dan tahan lulu hawa serta mampu bertahan dalam suhu tinggi dan rendah.

2PERMUKAAN

ANTI CALAR Bagi mereka yang sering mengembara, mengekalkan permukaan bagasi kurang calar bukan perkara yang mudah. Permukaan bagasi Eminent diperbuat daripada Makrolon dengan teknologi terkini yang membantu untuk membentuk permukaan anti calar. Dengan teknologi ini juga warna dan bentuk bagasi tidak mudah luntur dan kekal dalam jangka masa yang lebih lama.

3BUTIRAN

PENTING Bagasi Eminent mengandungi 4 ruang utama iaitu ruang dalaman, ruang berzip, panel menyimpan barang dan pemegang kad nama untuk anda menyimpan barangan dengan lebih mudah dan teratur. Ia juga lengkap dengan 4 tayar berganda pelbagai arah yang boleh berputar sehingga 360 o , malah setiap bagasi Eminent memiliki waranti sehingga 3 tahun penggunaan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.