Corak, cetak & slogan

EH (Malaysia) - - Pentas Peragaan -

Memperkuatkan statement rekaan, pereka mencipta corak tersendiri antaranya Justin Chew dengan corak grafiti, Tsyahmi dengan corak ikat celup rona hijau, Wanpa dengan magical hutan dan fauna, manakala Iman for Tom Abang Saufi, Rubaq dan Kavita Sidhu dalam mainan corak batik. Menariknya sewaktu pementasan Farah Khan, pertunjukan bermula dengan barisan peragawati menggayakan baju berslogan seperti, Asia rock, Save The Future dan Reach for The Stars yang digandingkan dengan celana pendek dan panjang serta skirt rona hitam dalam gaya yang catchy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.