Bantuan kulit ORGANIK

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Tahukah anda bahawa kulit anda mungkin telah terjejas dalam diam walaupun tiada sebarang tanda seperti kulit kemerahan dan gatal? Untuk menentang kesan penuaan akibat ‘radang secara diam’, jenama kecantikan organik diperakui Perancis, Melvita memperkenalkan Bio- Excellence Naturalift Youthful Day Cream yang menjanjikan pelbagai kelebihan tanpa perlu risau akan bahan kimia membahayakan. Ia dihasilkan oleh kompleks tunas yang dipaten Melvita iaitu pokok bic, pokok pain, buah blackcurrent dan buah raspberi, yang mengandungi konsentrasi sel tumbuhan asli untuk mengurangkan kedutan dan garis halus. Ia juga mengandungi mentega shea untuk memberi khasiat pada kulit dan gabungan rai, oat dan bunga raya membentuk kontur wajah. Kulit kembali segar dan lebih lembut! Organic Bio- Excellence Naturalift Youthful Day Cream (40ml), RM208

TIP! Banyakkan makan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti sayuran dan buahan dalam diet. Diet yang sihat memberikan kulit yang lebih sihat. Buah raspberi dan blackcurrent mengandungi kandungan vitamin paling banyak dalam buahan, jadi makanlah dengan banyak!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.