Segar & BERSINAR

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Sudah pasti semua tahu asas penjagaan kulit, apa kata anda mencuba Nutrimetics Ultra Care Brightening Oxygen Treatment? Formulanya menarik oksigen ke dalam kulit, menggalakkan sensasi mikro gelembung unik untuk keserian serta merta. Ia juga mengurangkan pigmentasi, mengurangkan bintik- bintik gelap dan melindungi kulit daripada pencemaran luar dengan pelbagai kandungan aktif termasuk beri açai iaitu buah antioksidan yang menentang radikal bebas. Malah ia tidak menimbulkan alahan pada kulit sensitif, jadi anda tidak perlu risau akan iritasi kulit!

Nutrimetics Ultra Care Brightening Oxygen Treatment, RM219

TIP! Dalam rutin penjagaan kulit, ramai hanya menjaga wajah sehingga dagu. Leher dan dada yang diabaikan menyebabkan kedutan, kulit kendur dan bintik- bintik gelap yang jelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.