Titisan MUDA

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Tiada batasan apabila anda memilih produk untuk menentang penuaan. Namun jika anda bertanya pada kami, kami memilih kepekatan yang mengembalikan kulit muda oleh Nutriganics™. Setiap titisan diperkaya dengan sel batang tumbuhan untuk menggalakkan proses pembaharuan kulit dengan menggantikan sel kulit mati lapisan atas dengan sel baru di bawahnya. Dalam lima hari, anda akan lihat dan rasa perubahannya. Garis-garis halus dan kedutan berkurangan dan mendedahkan kulit yang lebih cerah, lembut dan anjal.

The Body Shop Nutriganics™ Drops of Youth ( 50ml), RM189

TIP! Guna Drops of Youth sebagai langkah pertama dalam rutin kecantikan harian. Urut dua atau tiga titisan pada kulit dan pastikan ia diserap oleh kulit untuk beberapa saat. Ia pasti meningkatkan lagi keberkesanan pelembap atau serum yang digunakan kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.