NOTA CINTA PALING IKONIK

Bagai satira layar perak cinta diluah dalam seutus surat tanda kasih dan sayang. EH! mengumpul sembilan surat berdasar kisah cinta agung individu paling ikonik dunia.

EH (Malaysia) - - Wang& Anda -

FRIDA KAHLO & DIEGO RIVERA

Surat ini ditulis artis terkenal, Frida Kahlo pada 24 Oktober 1940 selepas pertemuannya bersama Diego Rivera pada tahun 1929. Nota ini diisi dengan rasa kagum Frida pada kebolehan Diego dalam bidang seni. Di akhir nota ini Frida menulis: “I Adore you more than ever. Your girl, Frida.”

KURT COBAIN & COURTNEY LOVE

Vokalis dan pemuzik Nirvana ini jika dinilai daripada imej dan muziknya mungkin dia kelihatan cukup keras namun bila berbicara soal hati dia masih lagi punya naluri seperti insan biasa. Mereka berkahwin pada tahun 1992 dikurniakan cahaya mata, Frances Bean Cobain. Nota lengkap hidup Kurt dirangkumkan dalam biografi berjudul Cobain Unseen.

JIMI HENDRIX

Rock star ini pernah menulis surat buat seorang gadis yang tidak dikenal pasti umum untuk menyatakan hasrat hatinya. Gadis ini dikatakan cinta sejati Hendrix ibarat cinta yang tidak kesampaian. Salinan asal surat ini disimpan oleh pihak Hard Rock Memorabilia.

ELIZABETH TAYLOR & RICHARD BURTON

Hollywood golden couple. Mereka pernah berkahwin dua kali – pertama pada tahun 1964 sebelum bercerai pada tahun 1974 dan berkahwin semula pada 1975. Dalam seutus surat selepas perceraian Elizabeth Taylor menulis rasa cintanya yang mendalam pada Burton dan sebelum Burton meninggal dunia pada tahun 1985 dia sempat menulis surat buat kali terakhirnya kepada Taylor.

MARLON BRANDO

Dalam penerbangan New York ke London merentasi lautan Atlantik pada tahun 1966, aktor kacak Marlon Brando menghabiskan masa dengan seorang pramugari dan jatuh hati. Sebelum menjejakkan kaki ke bumi London Brando sempat menulis surat buat pramugari tersebut. Antara baitnya: “Dear Lady — There is something not quite definable in your face — something lovely, not pretty in a conventionally thought of way. You have something graceful and tender and feminine.”

SID VICIOUS AND NANCY SPUNGEN

Pasangan paling rebellious dalam sejarah. Kisah cinta mereka berakhir apabila Sid menembak Nancy di sebuah hotel di Manhattan. Sid yang berada dalam keadaan kurang stabil akibat pengambilan dadah ditangkap atas tuduhan membunuh. Sid sempat menulis 12 alasan mengapa dia mencintai Nancy dalam satu nota ringkas yang ditemui.

JOHNNY CASH & JUNE CARTER

Percintaan dua pemuzik Country ini antara yang paling klasik dalam sejarah. Kedua-duanya sering mentafsirkan perasaan masing-masing menerusi lagu ciptaan mereka antaranya Still Loving You dan Jackson. Johnny Cash sering menulis perasaannya dalam seutus surat dan antara bait yang ditulisnya:

PUTERI DIANA & DODI ALFAYED

Percintaan penuh kontroversi the royalties. Puteri Diana dan Dodi Alfayed sama-sama terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mereka berdua. Namun sebelum mereka pergi pelbagai cerita telah menjadi bahan bual media dan rakyat Britain mengundang rasa yang bercampur baur. Puteri Diana menulis nota tiga muka surat di Kenningston Palace tentang perasaannya.

PUTERA RAINIER & GRACE KELLY

Surat ini ditulis Putera Rainier sebelum Grace Kelly meninggalkan New York sekitar awal April 1965 untuk ke Monaco. “My Darling, This is to tell you in a very mild way how terribly much I love you, miss you, need you and want you near me always”

Potret rakaman Martin Munkacsi (1933)

Puteri Diana & Dodi Alfayed

Sid & Nancy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.