Sajian Fusion di Kafe Ranggi

TATA GAYA RAW YANG DIHIDUPKAN DENGAN KEMASAN KAYU DAN BATU-BATA MENGHIDUPKAN SUASANA VINTAJ RINGKAS NAMUN PENUH CITA RASA.

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

Pada hemat saya, salah satu tarikan utama Plan B yang membuatkan pengunjung tertawan adalah dekorasinya. Tata gaya ruangnya cukup kreatif. Suasananya cukup cosy, suntikan gaya vintaj bersulam moden seakan memanggil-manggil para pengunjung untuk berlama-lama duduk sambil menikmati sajian di sini. Plan B cukup ranggi, punya tarikan tersendiri dan menjanjikan pengalaman mengisi perut dalam gaya yang cukup unik. Sama ada anda bersendirian, bersama teman, kekasih mahupun keluarga, Plan B cukup selesa.

Plan B biasanya menjadi pilihan buat mereka yang memerlukan tempat untuk

business lunches, brunch juga makan besar bersama keluarga. Plan B menyeimbangkan juga memenuhi selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pengaruh selera antarabangsa dapat dilihat pada Terriayki Salmon Soba dan Chargrilled Kimchi Chicken Burger.

Antara sajian yang sering menjadi pilihan pengunjung ke sini ialah AsianStyle Softshell Crab Spaghettini yang diadun cita rasa timur dan barat. Sajian untuk sarapan boleh didapati dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang seperti Breakfast Burrito dan Avo Quinoa yang diinspirasikan gaya sarapan selatan Amerika.

Bagi pencinta kopi, Plan B mungkin menjadi salah satu kafe pilihan anda. Kopi-kopinya dibru dalam gaya berbeza seperti siphon, French press dan pour

over. Andai tidak sukakan kopi, deretan jus dan teh pasti membasahkan tekak anda yang kering.

Nasi Ulam Ayam Panggang

st Breakfa BIG

SANTAPAN SAJIAN Barisan menu di Plan B menggabungkan sajian fusion, yakni campuran ilham masakan barat dan timur, dari salad kontemporari, sandwic, pasta hinggalah ke sajian pencuci mulut seperti kek. Sajian fusion dilihat sebagai satu cara untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.