Cemburu Buta

BERCINTA 10 TAHUN BUKAN JAMINAN KELANCARAN SESUATU HUBUNGAN ANDAI TIDAK DIIRINGI RASA PERCAYA.

EH (Malaysia) - - Kisah Benar -

Dunia kini semakin lupus dengan manusia yang penuh jiwanya dengan rasa cinta nan tulus. Kalau bukan kerana harta atau rupa, manakan manusia mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa raga. Orang kata jodoh pertemuan itu di tangan tuhan, sejauh mana serius pun ikatan cinta yang dibina, namun jika tanpa izin dari yang Esa pasti tidak menjadi nyata.

Di sebalik kata-kata ini, terkisah satu kisah benar yang berlaku dalam sebuah perhubungan yang menuju ikatan yang sah hancur dek kerana cemburu buta dan berjiwa materialistik.

Tidak kira mahupun lelaki atau perempuan, kedua-duanya haruslah saling percaya satu sama lain jika tidak manakan itu dipanggil cinta. Sukar sekali menjalani perhubungan yang tiada rasa percaya.

Saya sendiri bukanlah arif dalam mengadili tentang perhubungan, tetapi kita dapat bezakan yang mana baik yang mana buruk. Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Julia (nama samaran) yang cemburu tidak bertempat dan materialistik dan boleh dikatakan berkira dalam perhubungan. Julia suka mengongkong teman lelakinya.

Secara fizikalnya, Julia dikurniakan tubuh nan kecil molek dengan rupa yang cantik dan menawan. Dia punya teman lelaki bernama Razif (bukan nama sebenar) yang cukup menyintai juga menyayangi Julia tanpa raguragu. Razif orangnya mudah mesra, senang bergaul dengan kawan-kawan perempuan tetapi masih tahu menjaga batasnya sementelah dia sendiri sudah menjalin hubungan dengan Julia.

Hubungan Julia dan Razif yang sudah terjalin selama 10 tahun sejak zaman universiti sebenarnya tidak direstui oleh ibu si Razif dek kerana sikap Julia yang agak mengongkong dan cemburu tidak bertempat. Namun, lama kelamaan, hubungan itu direstui kerana Razif tidak pernah berputus asa memujuk ibunya.

Namun, sikap mengongkong dan cemburu Julia yang sangat ketara apabila dia sanggup memarahi dan

memaki hamun dua orang sedara perempuan Razif kerana selalu berhubung rapat dengan Razif walhal itu sebenarnya hubungan tersebut tidak lebih sekadar hubungan suadara-mara sahaja. Hal ini menyebabkan rasa cinta dan sayang Razif kepada Julia mula pudar sedikit demi sedikit.

Julia mengajak Razif berkahwin dan dia sendiri merancang segala-galanya, dari wang hantaran dan persiapan barang pengantin kerana Julia sendiri menguruskan bisnes butik pengantin ibunya. Julia yang menetap di Terengganu siap sedia pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Razif yang baru sahaja menamtakan pengajian peringkat Ijazah di sebuah kolej swasta dan membeli segala barang hantaran untuk persediaan. Habis RM20,000 diborongnya dek kerana Julia seorang yang cukup mementingkan soal kelas. Wang tersebut dihabiskan juga untuk membeli barang hantaran untuk si Razif kerana kata Julia dia sanggup mendahulukan wangnya terlebih dahulu dan Razif perlu membayarnya semula selepas berkahwin.

Selesai segala soal beli-belah, Julia pulang ke Terengganu untuk melakukan persiapan yang lain. Dalam masa yang sama, Razif yang berada di Kuala Lumpur mempunyai seorang sahabat baik, Izat (nama samaran) yang juga mempunyai teman wanita, dan mereka sudah bercinta hampir lapan tahun, namun hubungan itu terputus kerana desakan. Gadis bernama Liza (nama samaran) seorang yang bekerjaya dan lembut orangnya. Liza pada mulanya tidak begitu rapat dengan Razif memandangkan Razif merupakan kawan baik kepada Izat.

Selepas Izat meninggalkannya demi memenuhi pilihan keluarga, Liza ditinggalkan keseorangan. Biar tidak lagi bersama Izat, Liza masih berhubung dengan Razif walaupun tidak terlalu rapat dan ada masanya mengajak Razif keluar bersama hanya dengan niat sekadar mahu berkongsi juga meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Izat.

Hendak dijadikan cerita, ketika Liza dan Razif keluar bersama mereka terserempak dengan saudara Julia yang berada di Kuala Lumpur, dan saudara Julia itu terus menceritakan penemuan mereka itu kepada Julia. Julia yang sememangnya kental sikap cemburu buta nya terus mencari siapakah gerangan gadis bersama Razif itu dan pabila dia berjaya mendapatkan nombor telefon Liza, dia tidak henti-henti memaki hamun Liza tanpa selidik terlebih dahulu.

Sikap cemburu buta Julia yang tidak percayakan Razif akhirnya menyebabkan hubungan mereka terlerai. Perang mulut antara mereka berlarutan dan Julia ingin membatalkan rancangan pertunangan mereka. Razif yang sudah muak dengan perangai Julia yang cemburu dan mengongkong itu menerima keputusan Julia dengan hati terbuka, memandangkan dia sendiri sudah tawar hati.

Ibu Razif yang mengetahui tentang masalah mereka cuba memujuk agar rancangan pertunangan ini diteruskan semata-mata mahu menjaga nama baik keluarga mereka. Namun niat ibu Razif berubah apabila Julia menuntut agar Razif membayar semula segala wang yang pernah dibelanjakan bersama selama 10 tahun termasuk termasuk makan minum juga barang hantaran yang sudah dibeli.

Tuntutan Julia itu menjelaskan watak dirinya yang sebenar, bukan sahaja cemburu buta dia juga amat berkira dalam soal wang ringgit selain sering mahu menjaga kelas. Sikapnya yang cemburu tidak bertempat dan suka

TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPU AN, KEDUA-DUANYA SALING HARUSLAH PERCAYA SATU JIKA SAMA LAIN MASAKAN TIDAK DIPANGGI L ITU CINTA. SUKAR I MENJALAN SEKALI PERHUBU NGAN RASA YANG TIADA PERCAYA.

mengongkong akhirnya membunuh impian mereka berdua yang mahu membawa hubungan yang dibina kepada satu peringkat yang lebih indah dan diberkati.

Rasa sesal tidak berguna lagi kerana segala yang terjadi berpunca daripada sikat Julia sendiri. Cemburu buta, tidak percaya dalam hubungan yang terjalin sudah 10 tahun dan berkira dalam wang dan harta. Sesuatu hubungan itu tak akan ke mana andai dipenuhi dengan rasa cemburu juga curiga. Walaupun sudah bercinta 10 tahun biarpun 20 tahun, namun jika tidak diiringi dengan rasa percaya sukar untuk perhubungan itu kekal berpanjangan. Memang orang kata jodoh itu di tangan tuhan, namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha dan cuba untuk melancarkan sesuatu perhubungan dengan rasa cinta, kasih, percaya juga jujur. Razif yang kecewa dengan sikap juga tindakan Julia akhirnya cuba membina cinta dengan Liza.

Sudah diriwayatkan di dalam surah AnNur ayat 26 yang juga mengatakan bahawa wanita-wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, dan lelaki-lelaki yang tidak baik, hanya untuk wanita-wanita yang tidak baik. Begitu juga sebaliknya wanita-wanita yang baik hanya untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik hanya untuk wanita-wanita yang baik.

Jadi segalanya terserah kepada anda untuk berlaku baik atau buruk sesama manusia kerana segalanya pasti ada pembalasannya. Sudah juga ditetapkan segala jodoh dan rezeki dari yang maha kuasa jadi siapa kita untuk mengadilinya.

Sebagai manusia cuba tanamkan rasa percaya dalam sesebuah perhubungan dan cuba untuk setia dalam perhubungan yang dibina. Apa maknanya bercinta bertahun tetapi tidak percaya sesama sendiri? Itu kejam namanya. Bahkan, sudah selalu dikaitkan, bahawa berbuat baik secara ikhlas dan bukannya untuk mengharapkan balasan dan berkira di kemudian hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.