Sharifah Amani

EH (Malaysia) - - Kisah Benar -

Gubra (2006) saya tonton berkali-kali kerana selain kehebatan penceritaan Yasmin Ahmad ia buat saya berfikir bila kali terakhir saya benar-benar merasai lakonan seorang pelakon yang hebat. Babak di dalam bilik tidur selepas suaminya kantoi memiliki wanita simpanan dengan dialog “What are women to you?

Stupid? Piece of meat..? Hey! Kau yang bodoh kau tau tak?” Dilontar hebat pelakon genit ini. Dan sejak itu saya kira tiada aktres lain mampu menyambung legasi kehebatan aktres unggul seperti Ida Nerina, Sofia Jane dan Vanidah Imran dalam memberi impak terhadap lakonan yang diberikan selain Amani.

Dan atas impak yang diberikan itu juga dia mengetepikan nama besar dalam dunia perfileman ketika itu seperti Nur Fazura, Maya Karin, Erra Fazira dan Eja bagi membawa pulang trofi Festival Filem Malaysia ke-19 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik. Dan dengan ucapan kemenangan yang cukup ikonik “I sound like stupid if I speak in Malay” bikin satu Malaysia cuak dan resah statement anak gadis Fatimah Abu Bakar ini. Menjadi isu hangat jugalah kata ucapan kemenangannya itu.

Namun kontroversi tidak terhenti di situ. Tahun 2007 menerusi watak Rohani dia dikecam kerana membotakkan kepala bagi filem Allahyarham Yasmin Ahmad, Muallaf. Wajahnya dirakam akhbar Berita Harian dan selepas itu bertubi-tubilah kritikan dan komen diterima aktres ini baik dari marhaen sehinggalah kepada pendapat bijak pandai dalam agama.

Amani mahu dikenali sebagai anak seni yang bagaimana? Soal saya padanya “Seorang yang bekerja. Saya berada di lapangan ini kerana passion. Saya suka untuk bekerja dengan individu yang passionate dalam kerja. Fame bukan apa yang saya cari tetapi saya tidak menidakkan kepentingan untuk tampil di majalah atau televisyen kerana ia penting supaya saya kekal relevan. Perlu bijak dalam mengimbangkan keduanya tetapi personally kerja adalah keutamaan saya.”

Saya soalkan tentang fenomena pelakon drama hari ini lebih mendapat perhatian berbanding pelakon filem dan Amani positif akan hal ini. “There

are two different things between people who act and actors. Bagi saya ini adalah pilihan. Adakah anda berlakon kerana mahu popular, wang atau minat. Saya memandang seni sebagai sesuatu yang subjektif. There is no

wrong or right – semua berhak memilih proses dan cara kerja mereka.” Permata seni ini hadir dalam pesona yang tersendiri. Dia dikenali kerana bakatnya dan tambah Amani she would never comprise antara nilai seni dan populariti kerana baginya kuantiti bukan jaminan dalam memberi kesan buat yang menonton dan apa lagi kepuasan dirinya sendiri dalam lakonan.

FILEMOGRAFI SEPET (2004) | GOL & GINCU , GUBRA (2005) | CINTA (2006) | 1957: HATI MALAYA, PUAKA TEBING BIRU (2007) | MUALLAF, PUNGGUK RINDUKAN BULAN (2008) | SAYANG YOU CAN DANCE (2009) | MAGIKA (2010) | PSIKO:PENCURI HATI, KOLUMPO (2013)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.