LANGKAH BAK DI AWANGAN

Tapak kaki yang lembut dan tidak merekah memberi lebih keyakinan pada diri!

EH (Malaysia) - - Rambut -

Kaki adalah antara salah satu bahagian badan yang memainkan peranan penting dalam hidup namun seringkali tidak dijaga dengan rapi. Seramai 53 peratus orang mempunyai masalah tapak kaki yang kasar, merekah atau kering. Tetapi, tahukah anda bagaimana tapak kaki boleh menjadi kasar dan apakah penyelesaian yang mudah serta murah? Semak persoalan dan jawapan berikut yang mungkin dapat membantu anda.

KENAPA TAPAK KAKI MENJADI KASAR ATAU MEREKAH?

Tekanan dan geseran menyebabkan tapak kaki menjadi kasar atau merekah. Ia biasanya berwarna kuning, pecah, bentuk membulat dan rasa menggerutu apabila disentuh.

ADAKAH PEMAKAIAN KASUT TUMIT TINGGI MENYEBABKAN KULIT KAKI MENJADI KASAR?

Ya, tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh memakai kasut kegemaran anda lagi. Pemilihan kasut dari segi panjang, lebar, kedalaman, tapak kasut dan lapik kasut memainkan peranan penting. Cuba keserasian kasut anda sebelum membelinya antara langkah yang harus diutamakan!

BAGAIMANA UNTUK MENGURANGKAN KULIT KAKI KERAS?

Salah satu cara untuk merawat tapak kaki yang kasar ialah dengan mengikir tapak seperti di spa rawatan manicure dan pedicure. Bagi mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa lapang, cuba Scholl Velvet Smooth Express Pedi Electronic Foot File, dengan penggelek Micralumina TM untuk membuang kulit kasar dengan pantas dan mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.