UBAH NASIB KULIT ANDA

Kulit bersih sempurna hari ini boleh bertahan selama beberapa dekad dengan kehadiran SK-II.

EH (Malaysia) - - Wangian -

KENALI KULIT ANDA

Kekal setia dengan Facial Treatment Essence pasti membuahkan hasil – dan hasilnya memang terbukti. Pada tahun 2012, SK-II menemui 141 pengguna setia Facial Treatment Essence dan mereka melakukan Skin Destiny Study berserta 131 bukan pengguna dan menemui statistik yang memberangsangkan.

LIMA DIMENSI KECANTIKAN

Magic Ring terbaru SK-II ialah alat analisis kulit yang mendefinisikan usia kulit anda mengikut tekstur, keanjalan, keserian, ketegangan dan pengawalan bintik-bintik, selain tahap lembapan kulit, pertahanan kulit, ton dan kekenyalan. Mengukur lima dimensi yang dilakar oleh Magic Ring, penyelidik mendapati wanita yang menggunakan Facial Treatment Essence di usia 20-an memiliki kulit lebih baik berbanding bukan pengguna apabila mereka berusia 30-an, dengan mendapat markah 1.5 lebih baik dalam semua lima dimensi kulit bersih sempurna. Malah, pengguna setia SK-II juga mendapati usia kulit mereka mula 'berhenti' pada 40, dengan tiada tanda penuaan selepas 50 dan mempunyai kualiti kulit lebih sihat berbanding bukan pengguna yang berusia 10 tahun lebih muda.

SEMPURNA SELAMANYA

Namun jika anda masih belum mencuba SK-II Miracle Water, usah risau. Kajian mendapati wanita yang menggunakan Facial Treatment Essence dalam usia 40-an, mempunyai kulit yang berseri dan lebih sihat berbanding bukan pengguna – terbukti juga apabila mereka kekal menggunakan Facial Treatment Essence sehingga berusia 50-an.

KULIT ANDA MEMPUNYAI USIA BERBEZA BERBANDING USIA SEBENAR ANDA, KERANA SKII KINI MENEMUI MAGIC RING.

SK-II Facial Treatment Essence ikonik kekal menjadi pilihan popular

Pemerhatian terhadap tangan yang muda pembuat sake membawa kepada penemuan kandungan hebat, Pitera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.