BRONZE COLLECTION WAJAH BARU SIMPLYSITI

EH (Malaysia) - - Wangian -

SimplySiti melancarkan wajah barunya dengan Bronze Collection di Alamanda Putrajaya baru-baru ini. Antara tetamu yang hadir pada hari pelancaran tersebut adalah Datin Seri Kay, Izara Aishah, Miss Universe Malaysia 2013, Caryn Ng dan Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Bennett. Ruang tengah Alamanda dipenuhi oleh para pengunjung sebaik hos pada hari tersebut, Sazzy Falak mengumumkan ketibaan Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid Jiwa. Siti telah melancarkan Bronze Collection dengan logo, slogan, visual pengiklanan dan komersial terbaru oleh SimplySiti. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti pertunjukan fesyen dan juga demonstrasi make over.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.