KEMPEN VASELINE DRY SKIN RESTORED

EH (Malaysia) - - Wangian -

Memandangkan ramai wanita Malaysia yang masih kurang arif tentang persekitaran dan aktiviti harian yang mampu mendatangkan kesan-kesan negatif pada kulit mereka dalam masa hanya 24 jam, Vaseline Malaysia telah memulakan kempen ‘Dry Skin Restored’ dengan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai manfaat menjaga kelembapan kulit. “Di Vaseline, kami memahami kulit dan telah mengkajinya selama lebih 130 tahun. Oleh itu, kami menganjurkan kempen ‘Dry Skin Restored’ bagi meningkatkan kesedaran wanita di Malaysia tentang kepentingan menjaga kelembapan kulit sepanjang hari dan menekankan bahawa ia bukan sekadar pilihan gaya hidup tetapi satu keperluan. Ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada amalan harian bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan terlindung daripada kesan akibat pendedahan kepada persekitaran harian,” kata Deenie Ong, Pembantu Pengurus bagi jenama Vaseline, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd di majlis pelancaran kempen tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.