BERSERI DENGAN PRODUK NO.1 ASIA

Miliki kulit lembap sempurna dan wajah yang kekal berseri.

EH (Malaysia) - - Acara Cantik -

Bertempat di Avilion Port Dickson, Laneige membawa media menikmati suasana lautan luas sesuai dengan tema pelancaran kali ini iaitu ‘Water Camp’ yang mana menekankan soal kelembapan kulit dengan Laneige Waterbank Essence baru. Selain itu Laneige turut mengambil peluang melancarkan dua rangkaian lain iaitu Laneige Bightening Sparkling Water dan Laneige Water Drop Tint sebagai pelengkap seri wajah.

RAWATAN KULIT KERING

Penyelesaian untuk kulit yang sihat, anjal dan lembap semula jadi. Kembalikan kebolehan semula jadi kulit untuk kulit melembap sendiri dengan rangkaian penjagaan Water Bank yang mengandungi teknologi Biogen dengan partikel ion mineral yang menyerap dengan pantas untuk merawat kulit kering. Pelembap luar biasa ini bertindak memulihkan gen pelembap dorman untuk membina pelindungan kulit sihat.

RAHSIA KULIT LEMBAP Biarkan dilema kulit kering anda pada pakar! Setelah menjalankan kajian mendalam mengenai lembapan selama 20 tahun, Laneige menemui penyelesaian unggul untuk menghalang kehilangan lembapan kulit orang Asia dengan koleksi Water Bank baru. Oleh sebab kulit orang Asia lebih lemah berbanding kulit orang Barat, ia memerlukan penjagaan kelembapan khusus kerana lembapan mudah hilang. Melalui kajian mengenai komposisi mineral kulit, rangkaian ini diperkaya dengan Hydro Ion Mineral Water yang dihasilkan dengan enam mineral penting yang menyerap jauh ke dalam lapisan ke-20 kulit untuk menguatkan pelindung kulit dan mengekalkan kelembapan. Digabungkan pula Moisturising Biogene Technology eksklusif, ia menguatkan penghasilan faktor pelembapan semula jadi (NMF) untuk mengekalkan lembapan walaupun dalam cuaca kering.

FAKTA

Wanita Asia mempunyai pelindung kulit lebih lemah secara semula jadi, yang mana ia mudah terjejas akibat pencemaran luar, menjadikan ia lebih mudah untuk kehilangan lembapan.

ESEN PELEMBAP

NO. 1 ASIA Pulih kulit dengan lembapan

untuk kulit serta merta lembut dan anjal selama 24 jam. Water Bank Essence EX, 60ml, RM165

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.