WANGIAN ANGGUN

EH (Malaysia) - - Como. Eh. My -

Elemen elegan sentiasa menjadi ciri utama dalam ciptaan Salvatore Ferragamo. Penuh dengan keanggunan dan kelembutan, ia diserlahkan lagi dengan cita rasa yang menakjubkan jenama Florence yang terkenal di seluruh dunia ini. Salvatore Ferragamo mempersembahkan Signorina Eleganza, wangian mewah yang meraikan keanggunan wanita dan penuh godaan.

Nota segar limau gedang dan membuka haruman dengan aroma yang cukup segar dan menceriakan. Serbuk badam dan kelopak emas osmarithus menghasilkan bau nan lembut lantas memercikkan unsur mewah. Nota asas nilam dan kulit putih mencipta kesan yang mana ia meninggalkan bau yang cukup sedap dan lembut membaluti kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.