TANGGA-TANGGA KEJAYAAN

Jom ketahui situasi kewangan dan karier anda sepanjang awal tahun ini dan bulan seterusnya dalam 2014 ini.

EH (Malaysia) - - Horoskop -

ARIES (Mac 21 – April 20) Sikap suka memikirkan apa yang terbaik dan apa yang orang lain percaya anda patut buat akan mengganggu anda tahun ini. Namun, anda akan mendapat apa yang diimpikan dalam kerjaya anda. Cari jalan penyelesaian dengan sistem yang anda kerjakan. Segala kepayahan dalam kerja akan beransur hilang pada penghujung tahun nanti.

TAURUS

( April 21 – May 21) Kerja kuat anda yang berpanjangan bermula Disember tahun lalu akan berterusan sehingga Ogos tahun ini. Dengan trip pendek, perbincangan, dan urusan kerja yang harus diselesaikan membuatkan anda tidak ada masa untuk berehat.

GEMINI

(Mei 22 – Jun 21) Tidak kira anda memperoleh duit atau menghabiskannya, hal duit bermula sejak awal tahun lagi. Lebihan duit tahun 2013 membuatkan kewangan anda stabil tahun ini. Jika anda bekerja dengan industri media, enam bulan pertama pastinya waktu yang sangat padat bagi anda. Julai hingga Disember adalah waktu yang sesuai untuk anda belajar dengan mengembangkan idea-idea baru.

CANCER

(Jun 22 – Julai 23) Bulanbulan akhir tahun 2013 lalu banyak membuka peluang untuk anda dan ini menandakan ramalan yang baik akan berterusan pada tahun 2014 ini. Jika anda tidak peroleh pekerjaan lagi, jangan risau anda perlukan sedikit waktu. Pendapatan anda bakal melambung tinggi sehingga hujung tahun. Malah tuah anda juga berlipat ganda pada bulan September.

VIRGO

(Ogos 24 – September 23) Tahun ini kerjaya anda kelihatan semuanya di atas par. Pengurusan kewangan tidak begitu menyerlah. Mungkin anda patut melabur penuh dengan kerjaya anda, atau mungkin memulakan bisnes baru. Nampaknya anda akan memulakan kerja yang lebih privasi, sambung belajar atau mungkin mengembangkan lagi idea kerja anda.

LIBRA

( September 24 – Oktober 23) Setengah tahun ini ketegangan dalam kerja mungkin kembali pulih dan anda juga bekerja dalam kapasiti yang lebih sosial dari sebelumnya. Dari segi kewangan, anda masih teliti membelanjakannya. Pada bulan Oktober nanti mungkin ada kenaikan gaji atau peluang kerja yang lebih bagus.

SCORPIO

(Oktober 24 – November

22) Bagi Scorpio, tahun ini adalah tahun untuk anda mencapai target. Menolak segala halangan untuk menyerlahkan diri anda. Mula untuk menghantar CV anda ke syarikat atau organisasi impian anda. Kewangan juga tampak stabil sepanjang tahun ini.

SAGITARIUS

(November 23 –

Disember 21) Januari lalu anda sibuk

dengan kerja untuk membayar bil dan cukai. Pada bulan Julai dan seterusnya anda pasti akan menggandakan usaha yang lebih untuk diri anda. Anda akan mempelbagaikan lagi minat dan memulakan perancangan baru anda.

CAPRICORN

(Disember 22 –

Januari 20) Kerja kuat adalah seperti nama kedua anda. Bahkan jika segala usaha anda membuatkan anda berjalan on the fast track, anda tidak kisah jika bekerja lebih waktu. Namun, hati-hati dengan perjalanan anda mengejar target anda, jangan sampai mengganggu periuk nasi orang lain. Bulan September nanti anda bakal mendapat rewards.

AQUARIUS

( Januari 21 – Februari

19) Rasa yakin yang ada dalam diri menguatkan lagi keyakinan anda untuk mencari kerja baru. Kerja anda kembali sibuk pada bulan Ogos dan September serta populariti meningkat pada bulan Oktober hingga November.

PISCES

(Februari 20 – Mac 20) Minat anda lebih ke arah hiburan mahupun aktiviti yang lebih santai. Walaupun anda sibuk dengan kerja tetapi anda masih boleh menikmati apa yang anda minati. Tuah anda secara perlahan-lahan bakal muncul. Hanya tunggu sehingga hujung tahun untuk melihat keuntungan yang anda bakal diperoleh.

LEO

(Julai 24 – Ogos 23)

Buat kerja rumah anda dengan hati-hati. Lebih baik permulaannya, lebih senang untuk ia berjaya setelah separuh tahun 2014 ini berlalu. Jangan mengasingkan diri dengan kenalan yang anda banyak bergantung pada bulan Februari, April atau Jun. Pada bulan Ogos nanti, saat gemilang anda mungkin tiba dengan peluang untuk mengembangkan semua idea dan perancangan projek yang telah disusun.

Jennifer Lawrence 15 Ogos 1990

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.