Nadiya Nisaa

EH (Malaysia) - - Kisah Benar -

Ibarat satu screen sirens selepas kemenangan bergandanya tahun 2011 di Festival Filem Malaysia ke-24 dan Anugerah Skrin memberi amaran this girl is

ready untuk mengetepikan wajah komersial lain yang bakatnya belum tentu lagi secantik wajah dan imej yang ada. Nadiya Nisaa saya kira aktres yang bijak mengatur langkah kerjayanya dalam bidang seni. Dia tidak terikat pada satu pasaran semata. Selepas memikat ramai dengan watak Manis dalam filem arahan Osman Ali, Cun! Dia mencuba nasib di layar kaca dan nyata percaturan untuk membawakan watak Ain Hawani buat siri Adam dan Hawa berjaya memikat pasaran yang lebih mass selepas filem indie Karaoke sepi tanpa sambutan di panggung.

Selepas itu satu per satu sejarah dicipta. Daripada pencalonan keduanya untuk Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia bagi filem Jiwa Taiko sehingga tawaran filem seperti Gila Baby bersama Beto Kusyairy dan peluang berlakon bersama pengarah filem Ayat-Ayat Cinta, Hanung Bramantoyo dalam telefilem Panik – Dia menyusun langkah kerjayanya dengan bijak. Tahun lalu teater Jam Dinding Yang Berdetak menjadi fokusnya sebelum memutuskan untuk kembali ke pasaran lebih mass dengan menjadi sebahagian siri Oh My English!

“Ramai yang bertanya kenapa saya mahu terlibat dengan produksi yang memerlukan saya membawa watak seorang budak sekolah sedangkan realitinya saya seorang ibu dan isteri. Namun saya positif akan hal ini, sebagai pelakon saya mahu mencuba apa jua watak tanpa terikat dengan satu karakter semata dan tentu saja kerana tawaran datang dengan produksi dan pasukan krew yang profesional.”

Nadiya saat ditanya mahu dilihat sebagai aktres yang bagaimana dia berkata “Saya mahu dilihat oleh orang industri terlebih dahulu akan kebolehan dan kredibiliti yang saya ada kerana saya percaya semua harus bermula dari budaya kerja. Jika seluruh produksi bekerja dengan baik, produk akan jadi baik dan selepas itu kita akan dinilai baik juga oleh penonton. Selain itu saya mahu dilihat as a happy human being dan melihat peluang yang sama rata diberikan serta berkongsi positiviti”

Visinya jelas dalam mengatur strategi kerjaya. Tambah Nadiya penting untuk dia merencana kerjaya tanpa sewenangnya menerima semua tawaran yang datang. Supaya tidak terlalu predictable dan menjemukan dengan watak yang serupa. Saat temu bual ini dibuat dia teruja menanti tayangan Terbaik Dari Langit yang menyaksikan dia sebagai satu-satunya pelakon wanita dalam filem tersebut dan sudah bersiap sedia untuk kembali ke set lokasi filem The Red Warrior sebelum sebuah lagi filem hujung tahun nanti.

“MANIS TUNGGU SINI LAMA, DEPA TAK BALIK PUN. MANIS RINDU KAT DEPA. AWAT TUHAN TAK BAWAK MANIS PI SAMA?”

MANIS (CUN / 2011)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.