HISYAM HAMID

EH (Malaysia) - - Lelaki Bulan Ini - PENYELARAS, TEKS & PENATA GAYA ARAHAN SENI Nurul Alias GAMBAR GROOMING Emmy Agung PAKAIAN

Saban tahun pasti akan ada bakat dari Singapura yang singgah berkongsi bakat dalam dunia showbiz tempatan tidak kira dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Selepas Adi Putra, Aaron Aziz, Awi Rafael dan Sleeq kini tiba giliran Hisyam Hamid pula menjadi penyeri drama siri tempatan. Arianna Rose memperkenalkan Hisyam di Malaysia dan dengan beberapa judul lain seperti Sejernih Hati Khadijah, Tuan Rumah Pembantu Rumah dan Hati Milik Siapa mengukuhkan lagi portfolionya dalam dunia seni lakon tempatan.

HARI ANDA TIDAK SEMPURNA TANPA?

Gel rambut atau wax. Namun jika tiada pilihan antara salah satu saya akan menyarung topi.

PRINSIP DALAM KERJAYA?

Set your sight at your goal dan lakukan yang sebaik mungkin untuk mencapai visi tersebut dengan disiplin tinggi.

OBSESI TERKINI?

Kereta. Saya suka tengok kereta namun masih belum memilikinya lagi.

CARA ANDA MENCAPAI KESEIMBANGAN DALAM HIDUP?

Sejak bergelar pelakon banyak masa dihabiskan di lokasi. Jadi jika punya masa saya akan pastikan ia dihabiskan sepenuhnya bersama keluarga.

PERIHAL YANG MENAKUTKAN BERGELAR PELAKON?

Kontroversi yang selalunya tidak ada kena mengena dengan lakonan. Namun saya percaya it comes along with the job jadi saya kena sentiasa persiapkan diri.

APA YANG ANDA INGIN CAPAI DALAM MASA TERDEKAT?

Mahu mengukuhkan lagi nama dalam bidang lakonan.

NASIHAT TERBAIK YANG PERNAH ANDA TERIMA?

Ibu saya pernah berpesan kepada saya selepas membuat keputusan menceburi bidang lakonan di sini supaya sentiasa ingat tujuan mencari rezeki untuk keluarga dan harus lakukan dengan nawaitu yang betul.

SEJAUH MANA MEDIA SOSIAL MEMBANTU PERKEMBANGAN KARIER ANDA?

Ia membantu mendekatkan saya dengan pengikut yang ada. Melalui medium seperti Instagram dan Twitter terutamanya membolehkan saya berkomunikasi secara langsung dengan peminat.

PUNYA HARAPAN YANG BAGAIMANA DALAM BIDANG INI?

Ingin terus kekal relevan dan terus mengukuhkan nama dalam bidang ini dengan bakat serta sokongan peminat yang ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.