A WORLD IN COLORS

EH (Malaysia) - - Befersiytean -

Magis sesuatu rona tambah berkuasa pabila disuntik pada penampilan, ia melahirkan satu perasaan berbeza, pada pemakai juga pada yang melihatnya. Contohnya menerusi filem Funny Face sewaktu adegan Kay Thompson mahu menambah elemen rona merah jambu pada majalah Quality, dia percaya akan kuasa rona ini dapat menarik serta menimbulkan mood baru pada keseluruhan majalah serta pembacanya. Begitu juga dengan beberapa barisan selebriti tanah air, pabila ditanya mengenai tip berfesyen, rata-rata akan bercakap mengenai pengaruh rona dalam padanan mereka, yakni menggemari pabila satu atau dua helaian mahupun aksesori berwarna disatukan dalam padanan.

Lumrahnya, mata manusia dapat mentafsir sekurang-kurangnya enam juta warna, sebab itulah pemikir fesyen dan tekstil sentiasa melahirkan rona baru untuk disuntik dalam rekaan mereka. Seperti era 40-an yang terkenal dengan percambahan rona terang seperti merah, biru, serta kuning bagi membangkitkan kesuraman pasca peperangan, era 50-an dengan kemeriahan rona merah jambu, serta rona-rona ilham bunga sewaktu era disko 60-an. Dekad demi dekad dilalui dengan keupayaan teknologi yang serba baru ini mencipta pelbagai penemuan baru termasuklah mencetak rona ke atas apa jua material, semuanya tidak mustahil. Sekali gus merobohkan dinding penghalang penggunaan rona dalam apa jua rekaan. Menariknya penggunaan warna adalah pabila ia digayakan biarpun satu aksesori sahaja, statementnya mampu menjadikan gaya menjadi luar biasa. Swatch yang bijak bermain dengan mood dan rona, menyudahkan rekaan musim in dengan keindahan rona pelangi. Kesemua rangkaian disuntik rona-rona terang bertepatan dengan temanya A World in Colors. Mainan rona sweet-and-sour diterjemahkan pada jam tangan Color My Lacquered, Dip in Color dan Color Palette lantas mengekalkan teknik pembuatan yang berkualiti tinggi.

Swatch turut mengakui pengaruh rona turut mempelbagaikan rekaan dengan mencampurkan beberapa elemen dalam rekaan jam tangan seperti corak geometri berwarna dan bahan mekanikal yang ‘dicelup’ warna-warni menerusi rangkaian Color Explosion, Chromograph dan Chomatic Water. Oh ya, warna juga tidak terbatas penggayaannya untuk sesetengah musim sahaja, bebaskan diri anda dari terlalu memikirkan peraturan yang bisa membuatkan anda kelihatan bosan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.