Leather Lovers

INOVASI PENGGAYAAN KULIT MUSIM LURUH YANG TIDAK KONVENSIONAL.

EH (Malaysia) - - Stail -

A pa istimewanya kulit sehingga saban musim ada sahaja teknologi baru disuntik agar penggunaannya kekal relevan dari musim ke musim. Kulit, material yang tidak pernah ‘sunyi’ dari pentas peragaan malah kehadirannya saban musim lebih menonjol – penggunaan warna dan potongan pada helaian sentiasa tampak baru dan segar. Karakternya yang unik juga membuatkan ia menjadi pilihan utama pereka kerana ia mampu memberikan efek panas untuk musim sejuk dan sebaliknya. Kulit diklasifikasikan sebagai ‘wajah’ mewah (ya, harganya juga) kerana pembuatannya memerlukan kerja tangan yang sangat teliti. Ini termasuk proses tanning bagi mendapatkan warna, paras kelembutan yang dimahukan – lagi lembut kulit itu, lagi tinggi harganya, biasanya yang mahal bertahan lebih lama. Justeru, penggunaan kulit pada sesuatu helaian dapat menonjolkan statement yang sangat kuat pada penggayaan. Throw in some new minimalisim right now. Jangan sekat gaya dengan yang terlalu sarat, dan fikirkan clean-lined. Itulah paksi fesyen kini. Cukup hanya satu helai gaun inspirasi kemeja longgar berona putih. Kemasan hujungnya pula tidak rata, menggunakan teknik unfinished hemline. Ini sebagai contoh apa yang disarankan oleh Alexander Wang sahaja. Jika anda punya idea lain yang lebih sesuai, terpulang. Namun di sini, kami suntikkan idea penggayaan untuk tampil lebih bersahaja. Gandingkan baju-T rona pastel dengan skirt atau seluar longgar dari palet yang sama. Ya, rona ini juga merupakan rona hangat musim ini. Jika mahu kombinasi rona yang lebih menarik, rujuk pentas peragaan Miu Miu, Christopher Kane, Givenchy, Kenzo dan Ralph Lauren. Atau boleh cuba dengan campuran rona neutral seperti rona kulit blush. Malah anda juga boleh gandingkan baju kulit dengan seluar palazo dari fabrik sutera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.