TIP PENJAGAAN RAMBUT GUGUR YASMIN HANI

EH (Malaysia) - - Badan -

Keyakinan dan kecantikan dalaman wanita terserlah apabila dirinya bebas daripada masalah rambut gugur. Keguguran rambut adalah kebimbangan utama wanita yang membuatkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Dove sedar dengan kerunsingan wanita dalam masalah ini dan mengambil langkah dengan memperkenalkan kempen Dove Rambutmu, Mahkotamu yang telah dilancarkan di Hotel Shangri-La, Putrajaya dengan konsep ‘Pillow Talk’. Kempen ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita untuk kembali menyerlahkan keyakinan mereka dengan mengatasi isu rambut gugur menerusi kempen “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove”. Pada majlis pelancaran berkenaan, wanita Dove- Suhainah dan Shariffah Nadia berkongsi pengalaman mereka dalam menangani masalah rambut gugur bersama dua selebriti, Sharifah Shahirah dan Yasmin Hani.

DUA SAHABAT BERKONGSI PENGALAMAN

Dengan kempen ini, ia berjaya mengembalikan keyakinan diri wanita dalam masa 14 hari menerusi satu siri aktiviti yang berada di luar keselesaan mereka. Aktiviti-aktiviti berkenaan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan serta menguatkan azam mereka untuk mengatasi masalah rambut gugur dalam masa 14 hari dengan Dove Hair Fall Rescue System. Mereka berdua berkongsi tentang cara mereka mengatasi masalah rambut gugur untuk mengembalikan keyakinan. Kedua-dua wanita ini telah pun berkahwin dan masing-masing mempunyai dua orang anak, turut merasakan bahawa isu rambut gugur ini menjejaskan hubungan dengan suami. Selain menggunakan Dove, saya mengambil keputusan memotong pendek rambut saya jadi tiada lagi rambut gugur yang banyak di bahagian bahu. Apabila berambut pendek, masih ada rambut yang gugur namun dalam kuantiti yang sangat sedikit. Jadi saya sangat berpuas hati. Malah dengan penggunaan Dove rambut saya kekal wangi sepanjang hari.

SHARIFAH SHAHIRA

Walaupun saya tidak lagi melahirkan anak, namun terdapat banyak rambut yang gugur. Jadi saya menggunakan Dove, selain mengawal keguguran rambut, ia menjadikan rambut saya lebih lembut dan wangi. Kita perlu yakin sebenarnya dalam menangani masalah rambut gugur ini, dalam mencari penyelesaian pada masa yang sama kita perlu relaks. Lagi kita stres lebih banyak rambut yang gugur. Dan yang lebih penting adalah sentiasa berkongsi masalah kita pada teman rapat, mungkin teman kita ada penyelesaiannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.