SEJENAK BERSAMA PENGARAH KAJIAN DAN PERKEMBANGAN KUMPULAN CLARINS, NATHALIE ISSACHAR

EH (Malaysia) - - Acara Cantik -

Struktur mata wanita Asia sememangnya berbeza berbanding wanita di benua lain. Namun adakah anda tahu disebabkan struktur mata kita yang berlainan ini, proses penuaan kita malangnya lebih pantas. Lebih-lebih lagi bagi wanita Asia yang tidak mempunyai lapisan kelopak mata, ia menjadikan kelopak mata nyata lebih berat dan tebal lantas menyebabkan kelopak mata kendur lebih cepat. Namun usah gusar, kerana dengan penemuan baru Clarins dalam Extra Firming Eye Complete Rejuvenating Cream ini, ia berupaya menangani masalah serius pada kontur mata dengan pantas.

1

MEMANDANGKAN KULIT DI BAHAGIAN MATA MERUPAKAN BAHAGIAN YANG PALING NIPIS DAN SENSITIF, JADI BAGAIMANA KRIM INI DAPAT MEMBANTU UNTUK TIDAK MENGHASILKAN

DI SEKELILINGNYA?

Formula yang dihasilkan dalam krim ini bertindak menyerap pantas ke dalam kulit dan teksturnya sangat ringan serta tidak meninggalkan kesan berminyak atau melekit. Selalunya oil seeds akan terhasil disebabkan krim yang terlalu pekat teksturnya. 2 Elakkan terlalu dekat pada bahagian mata, cuba sedekat yang mungkin namun buka sehingga masuk ke dalam mata. Kemudian anda perlu menekan kontur mata dengan perlahan dan elakkan teknik urutan menarik ke tepi. Kulit di bahagian ini sangat nipis jadi jika kerap

ADAKAH PEMAKAIAN KRIM MATA PERLU DIELAKKAN PADA BAHAGIAN TERTENTU?

ditarik ia akan mudah kendur dan hilang keanjalannya. 3

ANDA MENYATAKAN PISANG HIJAU DAPAT MEMBANTU MENGHASILKAN LEBIH KOLAGEN, JADI BOLEHKAH KITA MELETAK HIRISAN PISANG HIJAU PADA MATA SEBAGAI PUPUR?

Bukan tidak boleh, namun dengan gandingan formula yang dihasilkan ia menjadikan khasiat pisang hijau lebih efektif dan pantas menyerap ke dalam kulit berbanding dengan menggunakan pisang hijau begitu saja. Malah sama seperti uncang teh dan timun, ia tidak menyerap jauh ke dalam kulit kerana bahan-bahan ini adalah hidrofilik jadi penyerapannya tidak maksimum. Ia mungkin mujarab apabila timun dan uncang teh sejuk dilekapkan pada mata namun hanya dalam masa yang singkat dan ia tidak berkekalan. 4

MITOS MENGENAI PENJAGAAN MATA YANG ANDA BOLEH KONGSI?

Ada dua mitos yang popular iaitu kopi dapat mengurangkan sembap mata. Yang sebenarnya ia tidak, berbanding dengan kafein yang bertindak balas dengan formula krim ini barulah ia berhasil. Yang kedua, apabila anda minum air sebelum tidur, anda akan dapati mata anda lebih sembap keesokan hari,kerana bila anda baring cecair akan terperangkap pada bahagian muka. Ada benarnya, akan tetapi selepas beberapa minit ia akan hilang dengan sendirinya. Jangan bimbang untuk minum air sebelum tidur ia bagus untuk membuang toksin. 5 Gaya hidup yang sihat, jaga pemakanan, minuman. Paling penting elakkan merokok, tembakau penyumbang utama masalah kulit.

APA NASIHAT ANDA UNTUK “AGEING GRACEFULLY?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.