Anda punya rahsia atau cara tersendiri bagaimana anda menyembur haruman?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

DKNY memperkenalkan haruman DKNY MYNY, sebuah haruman yang berinspirasikan kota New York. Mesejnya mudah; Be a Part of New York – sebuah kota yang dihidupkan oleh personaliti, janji-janji juga segala kemungkinan. Menariknya, kempen untuk DKNY MYNY menampilkan penyanyi popular, Rita Ora sebagai daya penarik. Diarahkan juga dirakamkan oleh Francesco Carrozzini (yang juga merakamkan gambar Rita Ora untuk kempen edisi cetak) mengabadikan gaya Rita Ora sebagai warga New York yang cukup moden dan tersendiri. Dan sempena pelancaran haruman ini, EH! diberikan kesempatan untuk menemu bual Rita Ora secara eksklusif, bercerita tentang haruman kegemarannya. 1 Bunyinya seakan saya mengadaadakan cerita, tetapi sememangnya haruman pertama yang saya beli dengan duit sendiri ialah DKNY Woman. Pada waktu itu saya baru sahaja berumur 14 tahun. Saya tak akan lupa perasaan membuka bungkusannya, juga menyemburnya buat kali pertama. Heaven!

Anda masih ingat lagi haruman pertama yang anda beli sendiri?

2

Saya semburkannya pada pergelangan tangan, leher dan sedikit pada rambut. 3

Flora. Saya sukakan bunga-bungaan, aromanya mengujakan. 4

Setiap kali saya berada di lapangan terbang. 5

Tidak terlalu kerap, hanya pabila saya di lapangan terbang yang mana biasanya saya akan lupa haruman saya. 6

Apakah jenis haruman yang paling anda gemari? Sekerap mana anda membeli haruman? Sekerap mana pula anda menukar haruman? Anda menyimpan botol-botol haruman yang sudah habis digunakan?

Ya, saya mengumpul dan susun cantik-cantik di dalam kamar mandi saya. Botol-botolnya cantik. Saya tak mahu membuangnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.