Pilihan Pupurmu

SETIAP DARI KITA PUNYAI MASALAH KULIT WAJAH DAN KEPERLUAN YANG BERBEZA, JUSTERU LAMBAKAN PUPUR WAJAH DI PASARAN BISA BUAT KITA JADI PENASARAN UNTUK MEMILIH. NAH, EH! SEDIAKAN 1001 FAKTA PUPUR WAJAH YANG PERLU ANDA TAHU.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Ramai yang masih tidak memasukkan penggunaan pupur wajah dalam rejim kecantikan seharian mereka kerana beranggapan ia tidak penting. Benar, sebelum anda meletakkan sesuatu yang tidak anda tahu keberkesanannya, perlu untuk anda tahu mengapa anda lakukannya. Pasti anda terbayang detik gembira dan penuh glamor sambil melakukan rawatan wajah dengan pupur bersama rakan-rakan di majlis parti sleep over. Hakikatnya, pupur wajah bukan sekadar penyeri majlis. Ia mampu mengembalikan keserian wajah dengan menyingkir sel mati pada kulit serta merangsang pengaliran darah pada wajah.

Selain itu, anda boleh merehatkan diri dan minda kerana pemakaian pupur memerlukan anda untuk tidak melakukan perkara lain, termasuk menggerakkan otot wajah. Pupur juga menjadi pelengkap kepada rejim kecantikan dan kebaikannya kadangkala melebihi apa yang ada pada krim pelembap wajah!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.